SPORTS
Kedah nafi tandatangani bintang K-League

Osmar Barba dikaitkan untuk menyertai Kedah Darul Aman FC oleh media Korea Selatan setelah kontraknya dengan K-League tidak dilanjutkan. - Foto Astro ARENA
HASRAT penyokong Kedah Darul Aman FC untuk menyaksikan kelibat bintang K-League, Osmar Barba, bersama skuad Kenari itu musim depan tidak kesampaian apabila pengurus pasukan berkenaan, Zul Fadli Rozi, menafikan kehadiran bekas pertahanan FC Seoul berkenaan.
Ini selepas pemain kelahiran Sepanyol berusia 35 tahun itu dikaitkan untuk ke bumi Hijau Kuning berkenaan oleh media Korea Selatan setelah kontraknya tidak dilanjutkan.
"Saya tidak tahu macam mana media Korea boleh keluarkan berita itu, jadi saya menafikanlah perkara itu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Saya rasa kami juga tidak mampu untuk mengambil pemain yang bertaraf bintang dalam K-League seperti itu."Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami