awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan K. Devan sebagai pengendali Kelantan masih selamat - Annuar Musa

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2016
11:16 MYT
Kedudukan K. Devan sebagai pengendali Kelantan masih selamat - Annuar Musa
Annuar berpendapat K. Devan (gambar) menjalankan tugas dengan baik. - Gambar Fail
Kedudukan K. Devan sebagai pengendali Kelantan masih selamat, itu jaminan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, KAFA, Tan Sri Annuar Musa.
Menurutnya, masih terlalu awal untuk Kelantan menukar jurulatih dan secara keseluruhan, pemain juga menunjukkan permainan yang baik.
''Saya rasa K. Devan menjalankan tugas dengan baik dan setakat ini, Kelantan tidak bolos satu gol lagi pun, Kelantan tidak kalah satu perlawanan lagi pun.
''Kenapa perlu panik? Masih terlalu awal. Mungkin sesetengah orang kurang sabar tetapi bagi saya bola sepak ini tidak boleh dijangka,'' katanya selepas pertemuan dengan warga Penerangan UMNO Johor di sini, hari ini.
Beliau mengulas cadangan yang diberikan Penasihat Kehormat KAFA, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida selepas Kelantan beraksi hambar dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia 2016 dan saingan Piala FA.
Ujarnya, sebagaimana orang politik yang perlu memahami apa itu politik, begitu juga dalam bola sepak.
Dalam saingan Liga Malaysia, Kelantan sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dalam pertemuan dengan Perak sementara menang 1-0 ke atas PDRM.
Sementara dalam aksi Piala FA pula, Qu Puteh The Red Warriors sekadar menang tipis 1-0 ke atas UKM FC.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Datuk Seri Vida
#Dr Hasmiza
#K. Devan
#KAFA
#Kelantan
#Qu Puteh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan