awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan Lee Zii Jia naik satu anak tangga selepas siri persembahan cemerlang

Astro Arena
Astro Arena
18/06/2024
11:15 MYT
Kedudukan Lee Zii Jia naik satu anak tangga selepas siri persembahan cemerlang
Lee Zii Jia yang sebelum ini berada di kedudukan kelapan dunia naik satu anak tangga. - Gambar/ BAM
PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memperbaiki kedudukan ranking beliau ke kedudukan ke-7 dunia hari ini.
Menerusi kemas kini terbaru dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Lee Zii Jia yang sebelum ini berada di kedudukan kelapan dunia naik satu anak tangga dan berjaya meraih mata terkumpul sebanyak 78,816 sekali gus menolak kedudukan pemain perseorangan lelaki Thailand, Vitidsarn Kunlavut.
Peningkatan ini berdasarkan persembahan cemerlang beliau dalam beberapa siri kejohanan BWF tahun ini yang menyaksikannya menjuarai Toyota Terbuka Thailand 2024, naib juara Perodua Malaysia Masters 2024, dan baru-baru ini sebagai juara Sathio Group Terbuka Australia 2024.
Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan Malaysia, Ng Tze Yong kekal di kedudukan 18 dunia dan Leong Jun Hao di kedudukan 28 dunia. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#ranking
#Sukan Olimpik Paris 2024
#badminton Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan