Kegagalan skuad hoki negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 perlu dilihat pada sudut positif dan penambahbaikan perlu dilakukan agar Speedy Tigers bangkit semula untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Timbalan Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Prof Datuk Dr S. Shamala berkata kegagalan itu dijadikan kayu pengukur dan pengajaran bagi memperbaiki kelemahan agar impian ke Sukan Olimpik seterusnya dapat direalisasikan.
Beliau meminta peminat dan barisan pemimpin serta pengurusan skuad hoki negara supaya tidak terus merendahkan moral pemain ekoran kegagalan ke Sukan Olimpik 2020, sebaliknya memberi semangat kepada pasukan untuk fokus menghadapi Sukan Asia dan Piala Dunia 2022.
"Kita tidak boleh duduk murung... kita perlu 'move forward', bekerja keras mencari lebih banyak pelaburan untuk pembangunan skuad hoki negara dan mesti ada semangat yang kuat bahawa kita boleh dan percaya akan layak ke Sukan Olimpik pada masa hadapan kerana cabaran seterusnya akan semakin sukar.
"Kegagalan memang akan mengecewakan rakyat khususnya peminat sukan, tetapi pasukan kita sudah buat yang terbaik. Dari segi jalan ke Sukan Olimpik telah begitu dekat tetapi ia berliku untuk capai ke tahap itu," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Hoki Melaka Kali ke-22 di sini, pada Ahad.
Shamala berkata kegagalan itu tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya ke atas bahu pemain sebaliknya pelbagai faktor turut menyumbang kepada kekalahan Speedy Tigers ketika perlawanan menentang Great Britain pada kelayakan akhir aksi play-off di London, 3 Nov lepas.
Katanya faktor utama yang menyumbang kepada kekalahan skuad hoki negara ialah keadaan cuaca yang terlalu sejuk sehingga memberi kesan pada pemain untuk memberi aksi cemerlang.
Great Britain menjadi pasukan ke-11 layak ke Tokyo dengan agregat 9-3 selepas membenam The Malaysian Tigers 4-1 pada perlawanan timbal balik pertama pada 2 Nov lepas.
Kali terakhir skuad negara beraksi di pentas Olimpik adalah pada temasya Sydney 2000, yang mana pasukan kebangsaan menamatkan saingan di tempat ke-11 dalam kalangan 12 negara yang bertanding.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 24 2019
Kali terakhir skuad negara beraksi di pentas Olimpik adalah pada temasya Sydney 2000, yang mana pasukan kebangsaan menamatkan saingan di tempat ke-11 dalam kalangan 12 negara yang bertanding. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK
Menurut laporan BBC, wanita itu memasukkan bayinya ke dalam kotak makanan bijirin dan kemudian menyembunyikannya dalam beg pakaian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla mengutuskan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan, hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sheikh Hasina akan tinggal di India sehingga peroleh suaka di Britain - Laporan
Sheikh Hasina yang melarikan diri dari negaranya dijangka tinggal di India sehingga Britain memberinya suaka.
India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi
Ia merangkumi bidang seperti telekomunikasi, kecerdasan buatan, kuantum, kesihatan dan bioteknologi, bahan termaju dan semikonduktor.
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".