awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Dunia BWF: 'Anggap ini percubaan untuk saya' - Zii Jia

Astro Arena
Astro Arena
25/08/2025
11:22 MYT
Kejohanan Dunia BWF: 'Anggap ini percubaan untuk saya' - Zii Jia
Tiada penyesalan jelas terpampang, sebaliknya menjadikan pertandingan di PParis ini sebagai medan untuk bangkit lebih kuat pada masa akan datang. - Gambar fail
PERSEORANGAN lelaki negara, Lee Zii Jia mengakui terpaksa akur kepada wakil Korea Selatan, Jeon Hyeok-Jin, dalam perlawanan pusingan 64, Kejohanan Dunia BWF 2025 di Arena Adidas, Paris, Perancis, sebentar tadi.
Bercakap kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, tiada penyesalan jelas terpampang, sebaliknya menurut Zii Jia, beliau menjadikan pertandingan di Paris ini sebagai medan untuk bangkit lebih kuat pada masa akan datang.
Meskipun diduga dengan kecederaan buku lali, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu tetap gembira dapat turun bermain semula selepas hampir 166 hari berehat bagi proses pemulihan.
"Saya sangat gembira dapat kembali ke gelanggang. Saya pun tidak meletakkan banyak jangkaan dalam kejohanan ini sebab ini kali pertama saya kembali selepas siri kecederaan," kata Zii Jia, ketika ditemui selepas selesai perlawanan beliau.
Lee Zii Jia tumbang di tangan Jeon Hyeok Jin 17-21, 11-21 di R64 #BWFWorldChampionships2025. Dia akui masih berdepan trauma kecederaan & cuba dapatkan semula rentak kejohanan. Chin up, Zii Jia. Whole Malaysia behind you #ZiiJia #MalaysiaBoleh@ASTROARENA pic.twitter.com/HEPB6HP3iH
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) August 25, 2025
"Saya anggap ini sebagai percubaan untuk saya.
"Saya harus mencari semula rentak dalam kejohanan," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Kejohanan Dunia BWF 2025
#Sukan Olimpik Paris
#Jeon Hyeok-Jin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan