awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Dunia: Malaysia dibelasah Singapura dalam perlawanan terakhir Divisyen IV

Bernama
Bernama
08/03/2022
21:45 MYT
Kejohanan Dunia: Malaysia dibelasah Singapura dalam perlawanan terakhir Divisyen IV
Ini adalah kekalahan ketiga negara berturut-turut dalam kejohanan ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia mengakhiri kempen sulung Kejohanan Hoki Ais Dunia 2022 yang berlangsung di Bishkek, Kyrgyzstan dengan satu lagi kekalahan besar 2-8 kali ini dengan negara jiran Singapura pada perlawanan terakhirnya dalam Divisyen IV pada Selasa.
Perlawanan yang berlangsung di Gorodskoy Katok menyaksikan Singapura melakukan jaringan awal menerusi Bryan Shao Herng Lee pada minit ketiga sebelum Mohammad Hariz menyamakan kedudukan untuk Malaysia pada minit ke-13.
Bagaimanapun, Singapura kembali mendahului menerusi Jiayu Ryan Tan , empat minit sebelum tempoh pertama tamat.
Pada tempoh kedua , Ethan Redden menjaringkan gol sulungnya pada perlawanan ini pada minit ke-31 sebelum Muhammad Fareez Afdlin menjaringkan gol kedua Malaysia dua minit kemudian.
Singapura kemudiannya terus mendahului pada minit ke-35 menerusi Joshua Chan bagi memastikan mereka menamatkan tempoh kedua dengan kelebihan dua gol ke atas Malaysia.
Pemain Singapura yang semakin bersemangat meneruskan pesta gol mereka pada tempoh ketiga atau terakhir menerusi Christopher Wong pada minit ke-45 sementara Joshua mendapatkan satu lagi gol pada minit ke-50.
Ethan meneruskan persembahan cemerlangnya dengan menyumbat gol keduanya pada minit ke-53 dan melengkapkan hatrik pada minit ke-59 untuk melengkapkan hari yang indah buat pasukannya.
Ini adalah kekalahan ketiga negara berturut-turut dalam kejohanan ini selepas tersungkur 1-22 di tangan tuan rumah, Kyrgyzstan Sabtu lepas diikuti kekalahan 3-7 di tangan Iran, pada Isnin.
Malaysia yang merekodkan kemenangan tunggal 5-2 ketika menentang Kuwait dalam perlawanan pembukaan Khamis lepas kini di kedudukan keempat dalam divisyen itu.
Juara Divisyen IV akan dinaikkan ke Divisyen IIIB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki
#Kejohanan Hoki Ais Dunia
#Singapura
#Kyrgyzstan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan