awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Dunia: Yew Sin-Ee Yi teruskan kemaraan ke suku akhir

Bernama
Bernama
16/12/2021
23:05 MYT
Kejohanan Dunia: Yew Sin-Ee Yi teruskan kemaraan ke suku akhir
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mengekalkan momentum permulaan mereka yang baik dan menempah satu slot ke suku akhir Kejohanan Dunia BWF di Huelva, Sepanyol. - Foto Facebook/Badminton Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara , Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mengekalkan momentum permulaan mereka yang baik dan menempah satu slot ke suku akhir Kejohanan Dunia BWF di Huelva, Sepanyol semalam.
Bagaimanapun, kemaraan mereka bukannya mudah bagi beregu pilihan kesembilan itu apabila perlu bertarung selama satu jam lapan minit untuk mengatasi beregu pilihan kelapan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India, 22-20, 18-21, 21-15 dalam perlawanan pusingan ketiga di Palacio de los Deportes Carolina Marin.
Beregu nombor 12 dunia itu akan bertemu Juara Olimpik Tokyo, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan yang menewaskan beregu muda negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 21-18, 17-21, 21-18.
Pada masa sama, pemenang pingat gangsa Olimpik Rio 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong masih berjaya mengekalkan impian untuk menjadi juara dunia berikutan kemenangan mereka ke atas Bjarne Geiss-Jan Colin Volker.
V Shem-Wee Kiong, yang merupakan beregu pilihan ke-10 mengalahkan gandingan bukan pilihan dari Jerman itu 21-14, 14-21, 21-17.
Pemenang gangsa Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula tewas kepada beregu China He Ji Ting- Tan Qiang 21-17, 14-21 dan 16-21 yang bangkit pada set kedua dan set penentuan.
Ji Ting-Qiang akan berhadapan V Shem-Wee Kiong bagi menentukan slot ke separuh akhir hari ini.
Sementara itu, dua beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See gagal mara ke peringkat seterusnya selepas mereka tewas kepada lawan masing-masing.
Pasangan pilihan kesembilan Kian Meng-Pei Jing kalah kepada pilihan ketiga Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun 19-21, 19-21 sementara pasangan Jerman Mark Lamsfuss-Isabel Lohau mengatasi Pang Ron-Yee See 21-13, 13-21, 21-18.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Ong Yew Sin
#Yeo Ee Yi
#Kejohanan Dunia BWF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan