awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Dunia: Zii Jia tepati ramalan ke pusingan kedua

Bernama
Bernama
13/12/2021
14:59 MYT
Kejohanan Dunia: Zii Jia tepati ramalan ke pusingan kedua
Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mengesahkan tempat ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol hari ini.
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mengesahkan tempat ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol hari ini.
Bagaimanapun, juara All England 2021 itu terpaksa mengharungi 50 minit perlawanan yang berlanjutan hingga set penentuan sebelum mengenepikan cabaran Jason Anthony Ho-Shue dari Kanada yang menunjukkan kebangkitan pada set kedua.
Pilihan keenam kejohanan berusia 23 tahun itu memulakan set pertama dengan menang mudah 21-10, sebelum Jason bangkit memenangi set kedua 21-17.
Zii Jia yang mendapat suntikan semangat daripada jurulatihnya Hendrawan, bermula garang menguasai permainan sebelum menokhtahkan kemenangan di set ketiga 21-11 bagi berdepan pemain Brazil Ygor Coelho.
Turut ke pusingan kedua, pemain profesional negara Liew Daren yang mengalahkan pemain Israel Misha Zilberman 21-14, 21-14 dan bakal berdepan sama ada H S Pranoy dari India atau Angus Ang ka Long dari Hong Kong.
Sementara itu, satu lagi kejayaan dilakar kem negara menerusi acara beregu campuran.
Gandingan Hoo Pang Roon-Cheah Yee See menewaskan wakil Belanda Ties Van Der Lecq-Debora Jille 26-24, 21-12 dalam pertarungan selama 42 minit.
Pang Roon-Yee See berdepan tugas berat apabila dijadual bertemu pilihan keempat dari Indonesia Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti yang mendapat 'bye' di pusingan pertama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Badminton Dunia
#Lee Zii Jia
#Huelva
#sepanyol
#pusingan kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan