Buat julung kalinya peminat lumba basikal di Malaysia dapat menyertai kejohanan marathon antarabangsa, Gran Fondo New York (GFNY), yang bakal diadakan di Tambun, Ipoh, Perak pada April 2017.
Acara bertaraf dunia itu bakal menjadi acara pembuka tirai bagi festival tahunan, Ipoh Cycle Fest.
Menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, GFNY merupakan satu publisiti terbaik kepada industri pelancongan negara.
"Saya yakin acara itu dalam masa yang sama dapat mempromosikan Tahun Melawat Perak pada tahun hadapan.
"Saya pasti dengan perhatian yang kita dapat nanti, ia akan menarik lebih ramai pelancong dan peminat lumba basikal ke negara kita terutamanya di Ipoh pada April depan.
"Dalam masa yang sama, ia akan memperkenalkan keunikan Ipoh di mata dunia, menjana ekonomi setempat dan memberi pengalaman menarik buat pelancong. Saya yakin Ipoh akan menjadi lokasi terbaik buat sirkit ini pada tahun hadapan,” katanya dalam satu sidang media pada Khamis.
GFNY yang akan berlangsung pada 23 April depan dijangka disertai lebih 500 pelumba amatur dan profesional dari dalam dan luar negara.
Selain itu, ia turut memberi peluang kepada pelumba amatur dan profesional bersaing dalam satu acara yang sama.
Acara dikelolakan Destination Perak Sdn Bhd dan X-Camp Adventure Sdn Bhd sejauh 160 kilometer itu akan menyusuri laluan hijau hutan selain hutan batu kapur.
Pendaftaran bagi GFNY Malaysia telah dibuka sejak 18 Disember lalu, dengan harga permulaan serendah RM255 (US$60).
Selain Malaysia, sebanyak 13 negara lagi telah dipilih menganjurkan GFNY untuk tahun 2017, antaranya Itali, Jerman, Brazil dan Indonesia.
Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang, www.gfnymy.com.
Azyyati Ahmad
Thu Dec 29 2016
Selain Malaysia, sebanyak 13 negara lagi telah dipilih menganjurkan GFNY untuk tahun 2017, antaranya Itali, Jerman, Brazil dan Indonesia. - Foto GFNY
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Kejohanan Gran Fondo New York di Malaysia bakal tarik pelancong ke Perak
Buat julung kalinya peminat lumba basikal di Malaysia dapat menyertai kejohanan marathon antarabangsa, Gran Fondo New York (GFNY).