ATLET skuasy wanita negara menerima berita gembira apabila Kejohanan Skuasy Wanita Dunia yang dibatalkan sebelum ini akan berlangsung di Kuala Lumpur April depan.

"Kami gembira apabila menemui jalan penyelesaian dengan semua pemegang saham bagi membolehkan kami mementaskan acara itu pada April," kata Ketua Eksekutif Persatuan Skuasy Profesional (PSA) Alex Gough yang dipetik dari BH Online.

Kejohanan tersebut sepatutnya berlangsung Disember lalu tetapi pihak penganjur menggunakan alasan keselamatan disamping meminta Kementerian Belia dan Sukan membayar jutaan ringgit sekiranya mahu kejohanan tersebut diteruskan.

Sebelum ini, atlet skuasy wanita telah meluahkan kekecewaan ekoran pembatalan kejohanan itu pada Disember.