awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas

Sinar Harian
Sinar Harian
29/07/2022
16:50 MYT
Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas
Emas pertama Malaysia diraih menerusi gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga, yang beraksi dalam Kelas Ganda Lelaki. - Foto BERNAMA
MALAYSIA merangkul tiga pingat emas menerusi Kategori Artistik pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.
Pada aksi final malam ini, emas pertama Malaysia diraih menerusi gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga, yang beraksi dalam Kelas Ganda Lelaki selepas menewaskan pasangan adik-beradik dari Filipina, Almohaidib E Abad dan Alfau Jan E Abad.
Persembahan mantap yang dimulakan dengan rutin tempur tangan kosong, sebelum diikuti lawan kayu panjang dan parang itu berjaya mengutip 9.950 mata, mengatasi gandingan Filipina yang mengumpulkan 9.930 mata.
"Kami bersyukur dapat mempertahankan emas dalam kategori ini dan secara jujurnya, kami boleh mengagak permainan Filipina kerana sudah beberapa kali bertemu dengan gandingan tersebut,” kata Mohd Taqiyuddin kepada media selepas perlawanan tersebut.
Tambahnya, keberanian mereka mengambil risiko dengan bermain corak pantas dalam aksi parang juga memberi tuah, kerana penyertaan mereka boleh dibatalkan secara automatik jika parang patah atau terluka ketika beraksi.
Sementara itu, aksi regu lelaki juga tidak menghampakan apabila pingat emas menjadi milik Muhammad Syafiq Ibrahim, Nashrul Edam Mohd Asri dan Luqman Laji, setelah menewaskan gandingan Indonesia yang dibarisi Anggi Faisal Mubarok, Asep Yuldan Sani dan Rano Slamet Nugraha.
Seorang lagi pesilat negara, Merrywati Manuil, juga menyumbangkan emas dalam Kategori Solo Kreatif Wanita selepas menewaskan Puspa Arumsari dari Indonesia.
Namun Puspa Arumsari kemudiannya menebus kekecewaannya selepas memenangi emas bagi kategori Tunggal Wanita dengan mengatasi pesilat negara, Nur Shafiqah Hamzah.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kejuaraan Pencak Silat Dunia
#emas
#Kategori Artistik
#MITC
#mohd taqiyuddin hamid
#Sazzlan Yuga
#ganda lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan