PENINGKATAN mendadak Liverpool di bahagian pertahanan bukanlah suatu kebetulan susulan kerja keras di padang latihan, menurut pertahanan, Joe Gomez.
Sejak Jurgen Klopp mengambil alih jawatan sebagai pengurus Liverpool pada 2015, The Reds jarang berdepan masalah merobek gawang lawan.
Begitupun, persembahan pertahanan mereka sering dikritik dengan pemerhati bola sepak menganggap mereka pasti telah menjulang kejuaraan Liga Perdana dalam tempoh dua tahun yang lalu sekiranya tidak berdepan masalah sedemikian -- bukannya menduduki tempat keempat berturut-turut -- seandainya benteng mereka lebih kebal.
Mereka hanya dibolosi 38 kali musim lalu yang menempatkan mereka di tangga keempat selaku pasukan paling kurang dibolosi, namun Liverpool masih dibolosi lebih 11 gol dengan juara, Manchester City.
Berikutan kemenangan 1-0 di Huddersfield Town semalam, pintu gol Liverpool hanya dirobek tiga jaringan dalam sembilan perlawanan liga -- jumlah yang sama seperti City -- dan oleh itu, Gomez berasakan ia hasil daripada kerja keras dalam latihan.
"Kami berusaha gigih dalam latihan untuk bertahan sebagai sebuah unit dan ia membuahkan hasil," kata Gomez kepada Liverpool Echo.
"Itulah yang kami mahukan -- mengekalkan rekod bersih. Ia membantu daripada segi pertahanan sejak musim lalu.
"Kami telah mengharungi banyak perlawanan bersama-sama. Tiada tambahan muka baru di bahagian pertahanan pada musim ini.
"Ini mengenai komunikasi dan mengetahui corak permainan masing-masing. Terdapat pemahaman yang baik mengenainya tetapi ini adalah permulaan yang baik.
"Ini adalah asas untuk musim depan, ada banyak cara untuk menghadapinya dan kami harus terus dan mengekalkan tabiat itu.
"Ia merupakan usaha berpasukan -- ia bukan hanya mengenai keempat-empat pertahanan, ini tentang bagaimana cara pasukan bertahan. Kami melakukannya bersama-sama.
"Ada keinginan dan sikap yang jitu untuk mematahkan serangan pihak lawan dan kami melakukannya bersama-sama.
"Ia bermula dari bahagian depan. Jika mereka memecahkan barisan pertama, rakan-rakan yang lain mampu menyekat gerakan tersebut.
"Ini membantu kami sebagai pemain pertahanan dan meletakkan kami kurang tertekan, oleh itu apabila kami perlu bertahan, kami tidak perlu melakukannya sepanjang permainan."
Astro Arena
Mon Oct 22 2018
Pemain Liverpool, Mohamed Salah beraksi dengan pemain Huddersfield Town, Christopher Schindler pada perlawanan EPL di Stadium John Smith, Huddersfield, Britain, 20 Okt, 2018. REUTERS
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.