Jaringan tunggal pasukan Kelantan menerusi sepakan penalti pemain import Blazhe Ilijoski meletakkan pasukan itu mendahului kumpulan B saingan Piala Malaysia 2016 pada perlawanan malam tadi.
Ilijoski menjaringkan gol sepakan penalti itu pada minit ke-50 selepas rakan sepasukannya, Wan Zahrulnizam Wan Zakaria dikasari pemain pertahanan Kuala Lumpur dalam kawasan kotak penalti di Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Kota Bharu.
Kelantan mendahului carta kumpulan dengan tujuh mata manakala Selangor ditangga kedua dengan empat mata selepas tewas kepada Pahang 0-1 hasil jaringan Matthew Thomas Davies pada minit ke-31 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Kumpulan C pula menyaksikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal mendahului carta dengan tujuh mata selepas menang 2-1 menewaskan PKNS FC yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor.
Dalam perlawanan itu, PKNS FC terlebih dahulu menjaringkan gol seawal minit ke-10 menerusi Matias Nicolas Hadwa dan PDRM menyamakan kedudukan menerusi jaringan Guilherme De Paula Lucrecio pada minit ke-26 kemudian Guilherme bertindak cemerlang mengesahkan kemenangan PDRM pada minit ke-68.
Mengekori rapat dalam kumpulan C adalah pasukan Perak dengan enam mata selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-0 di Stadium Perak, Ipoh menerusi jaringan Xhevahir Sukaj pada minit ke-17 dan Fazrul Hazli pada minit 42 dan 66.
Pemain JDT, S. Chanthuru dilayangkan kad merah pada minit ke-60 kerana mengasari pemain tuan rumah.
Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pasukan tuan rumah, Terengganu dikecewakan di laman sendiri dengan dua jaringan Negeri Sembilan oleh Goran Jerkovic menerusi sepakan penalti pada minit 72 dan tujuh minit kemudian Muhd Afiq Azmi mengesahkan kemenangan pasukan.
Terengganu terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit 23 oleh pemain import mereka Bogdan Milic dan kekalahan itu menyaksikan Terengganu jatuh di kedudukan terakhir kumpulan dengan tiga mata.
Negeri Sembilan menduduki tempat kedua kumpulan D berkongsi enam mata dengan pendahulu carta, Felda United melalui perbezaan jaringan.
Bernama
Sat Jul 30 2016
Kumpulan B Piala Malaysia
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
Kelantan mendahului kumpulan B Piala Malaysia
Kelantan mendahului carta kumpulan dengan tujuh mata manakala Selangor ditangga kedua dengan empat mata selepas tewas kepada Pahang 0-1.