awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan United gagal sekat Kedah kutip tiga mata penuh

Bernama
Bernama
13/03/2023
16:44 MYT
Kelantan United gagal sekat Kedah kutip tiga mata penuh
Gol penyamaan Kedah hadir pada minit ke-34 menerusi tandukan pemain import Brazil Willian Sousa yang menyambut kemas tendangan sudut Lee Tuck. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Kelantan United gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas tewas 2-3 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.
Bermain di hadapan kira-kira 1,000 penonton, Kelantan United terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-22 menerusi penyerang import Brazil Devid Silva yang menerima hantaran lintang rakan sepasukan Jose Porteria.
Susulan gol pertama itu, Kelantan United dikendali Tomas Trucha meneruskan asakan bagi menambah jaringan dan Devid sekali lagi hampir menewaskan penjaga gol Kedah Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi menerusi tandukan pada minit ke-25.
Gol penyamaan Kedah hadir pada minit ke-34 menerusi tandukan pemain import Brazil Willian Sousa yang menyambut kemas tendangan sudut Lee Tuck sekali gus menewaskan penjaga gol Kelantan United Ahmad Asyraaf Omar.
Kedah kemudian mendahului di depan selepas Manuel Gasparini yang dikasari pertahanan Kelantan United dalam kawasan kotak penalti menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil pada minit ke-44.
Bersambung babak kedua, Kedah berhasil menambah jaringan ketiga menerusi pemain gantian Mohamad Al Hafiz Harun pada minit ke-79 menerusi jaringan penalti.
Kelantan United bagaimanapun merapatkan kedudukan dengan gol kedua mereka menerusi jaringan penalti Yan Victor Silva pada minit ke-88 namun jaringannya itu tidak mampu untuk menahan Kedah daripada mengutip tiga mata penuh selepas wisel penamat ditiupkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDA
#Liga Super
#penalti
#tiga mata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan