awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Asia B-20: FAM akui kegagalan skuad muda negara

Astro Arena
Astro Arena
20/09/2022
22:30 MYT
Kelayakan Piala Asia B-20: FAM akui kegagalan skuad muda negara
Kegagalan terbaru itu menyaksikan satu lagi sasaran FAM dalam F:30 tersasar apabila skuad B-19 negara gagal ke Piala Dunia B-20 dengan menamatkan kempen kelayakan itu di tangga ketiga Kumpulan E. - Foto Facebook/FAM
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tanpa berselindung mengakui kegagalan skuad B-19 negara dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-20 di Mongolia minggu lalu.
Pengarah teknikal, Scott O'Donnell, bagaimanapun, menegaskan kegagalan itu tidak bermakna peta hala tuju F:30 gagal sepenuhnya, sebaliknya hanya matlamatnya perlu dinilai semula.
Kegagalan terbaru itu menyaksikan satu lagi sasaran FAM dalam F:30 tersasar apabila skuad B-19 negara gagal ke Piala Dunia B-20 dengan menamatkan kempen kelayakan itu di tangga ketiga Kumpulan E.
Kegagalan itu juga menyebabkan kedudukan ketua jurulatih skuad B-19, Hassan Sazali Waras, mula diperkatakan peminat sukan negara.
Sebagai rekod, FAM melancarkan F:30 pada 2018 dengan sasaran utama untuk menjadikan Malaysia antara lima pasukan terbaik Asia menjelang 2030.
Scott berkata kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Saya bukan mahu memberikan alasan tetapi saya tiada di sini sewaktu sasaran F:30 ditetapkan.
"Tetapi amat jelas sasarannya sudah terkesan dan kami perlu menilai semula sasaran itu.
"Saya bukannya mahu memberikan alasan, sudah pasti amat bagus jika kita layak dan saya fikir, jika kita dapat menewaskan Mongolia, kita mempunyai peluang yang cerah untuk layak sebagai antara pasukan di tempat kedua terbaik.
"Kami perlu sedar dan mengakui bahawa kami gagal mencapai sasaran itu.
"Tiada alasan untuknya kerana kami memiliki barisan pemain terbaik dan tidak mendapat keputusan yang kami mahukan.
"Adakalanya, kita hanya perlu mengakuinya," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#FAM
#kelayakan Piala Asia B-20
#Scott O'Donnell
#gagal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan