Malaysia seri 1-1 dengan Hong Kong pada perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong malam ini.
Keputusan ini menyukarkan Malaysia yang bakal berdepan Korea Utara di perlawanan terakhir pusingan kelayakan ini.
Hong Kong mendahului pada minit ke 53 hasil jaringan Leonardo Sandro sebelum Malaysia mengikat kedudukan 3 minit kemudian melalui jaringan Syazwan Zainon.
Malang buat skuad negara bila dua pemain, Adil Zafwan dan Rizal Ghazali dikenakan kad merah di minit-minit akhir perlawanan dan menyebabkan kedua-duanya tidak dapat beraksi menentang Korea Utara nanti.
Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama-sama Lubnan, Korea Utara dan Hong Kong.
Pada perlawanan berikutnya skuad Harimau Malaya dijadual menentang Korea Utara di Stadium Kim II Sung, Pyongyang pada 5 Okt.
Astro Awani
Tue Sep 05 2017

Pemain Malaysia Shahrom Kalam (kiri) mengekang kemaraan penyerang Hong Kong Alexander Oluwatayo pada kelayakan Piala Asia 2019 malam ini. - Foto Bernama

Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia
Dr James Jemut mahu tembok dibina di kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing.

Cadangan guna keputusan percubaan SPM kurang sesuai - NUTP
Saranan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai.

COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura
Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

PERMAI | Tidak boleh hanya beri insentif kewangan
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.

CBP Amerika Syarikat kenakan larangan produk sawit Sime Darby
CBP AS mengenakan sekatan terhadap minyak sawit dan produk lain yang dikeluarkan Sime Darby Plantation Bhd.

Eksport terus meningkat, mencatatkan pertumbuhan 4.3 peratus
Berlatarbelakangkan keadaan ekonomi global yang mencabar kesan COVID-19, jumlah dagangan Malaysia pada Nov 2020 menurun 2.0 peratus daripada RM155.2 bilion pada Nov tahun lalu kepada RM152.0 bilion.

Feri P. Pinang: "Kalau susah cari alat ganti, tukar enjin baharu" - Guan Eng
Katanya, beliau mewakili suara dan hasrat penduduk Pulau Pinang yang inginkan perkhidmatan itu diteruskan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Hong Kong lulus penggunaan vaksin secara kecemasan
Kerajaan bersetuju untuk dapatkan 22.5 juta vaksin dari Oxford-AstraZeneca, syarikat Sinovac dan Fosun yang bekerjasama dengan syarikat Jerman BioNTech.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua pelajar di Hong Kong dijangkiti varian baharu COVID-19 UK
Menurut Jabatan Kesihatan Hong Kong, mutasi virus yang menyebabkan tahap jangkitan jauh lebih tinggi itu dikesan dijangkiti dua pelajar yang telah pulang ke negara dari UK pada Disember.

Taikun media Hong Kong bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup
Jimmy adalah individu berprofil tinggi disabit di bawah 'sweeping law' yang menyasarkan pergerakan prodemokrasi di bandar raya itu.

Tunjuk perasaan: Lapan aktivis prodemokrasi ditahan polis Hong Kong
Antara yang ditahan termasuk Leung Kwok Hung yang merupakan bekas penggubal undang-undang bagi pro-demokrasi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.