KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan tengah Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar mengakui faktor keletihan antara punca skuad Gergasi Merah hilang fokus pada separuh masa kedua, sekali gus terlepas peluang menjulang Piala Malaysia pada final di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, semalam.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung sengit dan disaksikan kira-kira 80,000 penonton itu, Selangor di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).
Sharul Nazeem atau lebih mesra disapa Afro berkata sekiranya Selangor mampu menyempurnakan deretan peluang pada babak pertama perlawanan, besar kemungkinan keputusan berpihak kepada mereka.
"Jurang yang dilihat pada separuh masa pertama dan kedua ialah mungkin kami hilang fokus dan kepenatan semasa babak kedua perlawanan, kami tidak bersatu untuk bertahan atau menyerang pun tidak sekali.
"Saya rasa banyak peluang berpihak kepada kami masa separuh masa pertama dengan boleh jaringkan dua atau tiga gol, jadi saya pun kecewa, tapi ini bola sepak, apa-apa boleh berlaku. Kita terima kekalahan ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
SUKAN-BOLA SEPAK (SHARUL) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu berkata pujian wajar diberikan kepada rakan sepasukannya yang mempamerkan semangat juang tinggi dalam 90 minit perlawanan untuk cuba melakar kemenangan.
Beliau yakin Selangor mampu bangkit daripada kekecewaan semalam dengan corak permainan lebih mantap bagi mengharungi saingan musim hadapan yang lebih mencabar.
Aksi semalam menyaksikan Selangor terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-45 hasil sepakan penalti Herlison Caion De Souza Ferreira sebelum JDT bangkit meledak dua gol masing-masing menerusi Bergson da Silva pada masa kecederaan babak pertama dan Fernando Forestieri pada minit ke-59.
Kejayaan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mencipta kejayaan treble buat julung kalinya, selain berjaya mengulangi pencapaian memenangi Piala Malaysia pada 2017 dan 2019.
Sementara Selangor terus kempunan merangkul sebarang gelaran juara dalam tempoh tujuh tahun selepas kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022

Afro berkata sekiranya Selangor mampu menyempurnakan deretan peluang pada babak pertama perlawanan, besar kemungkinan keputusan berpihak kepada mereka. - Astro ARENA

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Korban serangan masjid Pakistan meningkat kepada 59, lebih 157 cedera parah
Siasatan kejadian setakat ini bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana pengebom itu boleh menyelinap ke dalam kawasan kawalan tinggi yang menempatkan ibu pejabat polis itu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang hingga esok
Hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Digitalisasi dalam perniagaan baiki telefon bimbit
Bermula dengan membaiki telefon bimbit dari rumah namun sehinggalah berjaya memiliki kedai membaiki telefon pintarnya sendiri. Berkongsi kisahnya, Mohd Shahir Abdul Majid, 32 tahun dari Bandar Perda Bukit Mertajam berkata, dia memulakan khidmat membaiki telefon pintar di rumah pada 2015 bagi menampung kos sara hidup.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

Penyerang Colombia berusia 34 tahun, taruhan terbaharu Selangor FC
Selangor FC hari ini mengumumkan penyerang dari Colombia, Ayron Del Valle menjadi pemain import ketiga skuad Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.

Jersi baharu Selangor FC bertemakan memori Stadium Shah Alam
Jersi utama atau home itu direka khas buat penyokong Merah Kuning, selain menjadikan Stadium Shah Alam sebagai sumber inspirasi utama.

Bekas penjaring gol terbanyak Liga Colombia bakal perkuat Selangor FC?
Penyerang itu berkemungkinan besar akan diumumkan dalam Majlis Hari Jersi Selangor hari ini.

Salifu pemain import kedua Selangor FC
Selangor FC mengumumkan Rauf Salifu menjadi pemain import kedua skuad Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.

Selangor FC intai pemain import Amerika Latin
Skuad Gergasi Merah sedang mempertimbangkan beberapa pemain dari benua berkenaan bagi memenuhi kuota import pasukan itu musim ini.

Noor Al-Rawabdeh 'diikat' Gergasi Merah
Pemain berusia 26 tahun itu adalah pemain terbaru keempat dipilih menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu.

Piala AFF: Alami kecederaan, Khuzaimi bakal berehat panjang
Pemain pertahanan Selangor FC itu mengalami kecederaan betis dan perlu berehat sekurang-kurangnya enam minggu.

'Mickey' sah sertai Selangor
Mohamad Faisal merupakan pemain terbaharu ketiga dipilih menyertai skuad itu selepas Ahmad Khuzaimi Piee dan V Ruventhiran.

Khuzaimi Piee bertongkat, status masih samar
Skuad Harimau Malaya menerima tamparan awal apabila tonggak pemain pertahanannya Ahmad Khuzaimi Piee dilihat menggunakan tongkat selepas aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF 2022 .