awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kem Badminton Astro teruskan misi lahirkan jaguh

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2014
23:38 MYT
Kem Badminton Astro teruskan misi lahirkan jaguh
Kem Badminton Astro
Kem Badminton Astro
Seramai 30 peserta terbaik akan diberikan peluang untuk menjalani latihan intensif di China
KUALA LUMPUR: Astro sekali lagi menganjurkan Kem Badminton Astro dalam misi melahirkan jaguh badminton masa depan.
Pendaftaran khas akan mula dibuka kepada kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun yang mempunyai bakat terpendam dan minat yang mendalam terhadap sukan badminton.
Seramai 60 peserta yang berpotensi akan dipilih daripada sesi latihan percubaan untuk menjalani latihan intensif selama seminggu.
Seterusnya seramai 30 peserta terbaik akan diberikan peluang untuk menjalani Latihan Intensif Lanjutan selama dua minggu di pusat latihan badminton terkemuka dunia iaitu Sekolah Badminton Li Yongbo di Dongguan, China pada hujung tahun ini.
Akademi ini menyediakan salah satu struktur program latihan terbaik di dunia.
Sesi latihan percubaan akan diadakan di enam buah negeri iaitu Penang, Johor, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur dari 17 Mei hingga 23 Ogos 2014.
Kem Badminton Astro adalah sebahagian daripada kerjasama antara Astro, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Sekolah Badminton Li Yongbo.
Kata Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro, David Yap program ini ini ternyata telah berjaya menggilap potensi, meningkatkan kemahiran badminton dan memantapkan kekuatan fizikal serta mental para pemain.
“Bakat-bakat muda yang terpilih akan diberikan peluang untuk merasai pengalaman berharga menjalani latihan dan berentap di Sekolah Badminton Li Yongbo yang berprestij” kata Yap lagi.
Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, boleh mendaftar secara atas talian di www.astrokasih.org/kembadminton.
Butiran sesi-sesi latihan percubaan adalah seperti berikut :
Kem Badminton Astro
Kem Badminton Astro
Topic Berkaitan
#David Yap
#Kem Badminton Astro
#Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro
#Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan