Kemenangan kedua skuad Harimau Malaya ke atas Laos dalam saingan Kumpulan A Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 melonjakkan semangat barisan anak buah Tan Cheng Hoe, sebelum bertandang ke Hanoi, Rabu ini, bertemu Vietnam.
Cheng Hoe berkata kejayaan pemainnya mengutip tiga mata penuh pada aksi malam tadi begitu berharga dan menjadi tonik terbaik bagi menghadapi perlawanan seterusnya.
"Pemain pada hari ini (Isnin) menunjukkan semangat juang tinggi. Walaupun kita ketinggalan seawal minit ketujuh, mereka tidak putus asa dan terus memburu gol.
"Begitu juga pada perlawanan bertemu Vietnam nanti, kami tidak akan bermain secara bertahan selama 90 minit, tetapi kami akan mempamerkan corak permainan menyerang," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.
BACA: Dua gol lewat Norshahrul bantu Malaysia tewaskan Laos 3-1
Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad kebangsaan cemerlang menewaskan pasukan pelawat 3-1 menerusi dua jaringan Norshahrul Idlan Talaha, dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak manakala gol tunggal Laos dijaringkan Phitchak Kongmathilath.
Sementara itu, pemain terbaik perlawanan, Norshahrul berkata kemenangan dilakar pasukan kebangsaan itu hasil kerjasama rakan sepasukan dan corak taktikal jurulatih yang menjadi.
"Percaturan jurulatih memasukkan tiga pemain, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Ahmad Hazwan Bakri pada separuh masa kedua berjaya menggerakkan bahagian serangan dan memberi masalah kepada pasukan lawan.
"Kami agak bergelut pada awal permainan tetapi selepas rehat kami banyak melakukan serangan dan akhirnya berjaya menyumbat dua gol penting," katanya.
Penyerang Pahang itu turut berharap rakan sepasukan dapat menjaringkan gol pada perlawanan akan datang dan mahukan penyerang muda negara, Muhammad Akhyar dan Muhammad Safawi Rasid membantu di bahagian jentera serangan negara.
Malaysia akan berkunjung ke Vietnam bagi perlawanan ketiga di Stadium Nasional My Dinh pada 16 Nov ini, dan seterusnya bakal melayan kunjungan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 24 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 12 2018
CHENG HOE: Pada perlawanan bertemu Vietnam nanti, kami tidak akan bermain secara bertahan selama 90 minit, tetapi kami akan mempamerkan corak permainan menyerang. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
Ulang tahun TLDM dirai nada berbeza, jangan lupa mereka yang tiada
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
#WeBelangTogether: Terima kasih pada yang 'tinggalkan' keluarga, anak, bini - Safawi Rasid
Safawi teruja dengan sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia turut menyeru supaya sokongan tanpa henti terus diberikan.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya megah ke separuh akhir
Satu jaringan Mat Yo dan dua jaringan Mohd Zaquan Adha pastikan kemaraan Malaysia ke separuh akhir.
Kemenangan ke atas Laos lonjak semangat Harimau Malaya bertemu Vietnam
Cheng Hoe berkata kejayaan pemainnya mengutip tiga mata penuh pada aksi malam tadi begitu berharga dan menjadi tonik terbaik bagi menghadapi perlawanan seterusnya.