awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 11 pagi ini
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemuncak persaingan MIMMA Sabtu ini

Haider Yutim
Haider Yutim
24/10/2014
02:19 MYT
Kemuncak persaingan MIMMA Sabtu ini
Kejohanan tersebut menyaksikan petarung MMA amatur dari seluruh negara berentap bagi merebut kejuaraan untuk kategori masing-masing
Setelah berbulan berhempas pulas, kini tiba masanya untuk 14 jaguh Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA) tempatan membuktikan kehebatan mereka sebagai juara.
Semua mereka bakal beraksi di pusingan akhir Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Fighting Championship (MIMMA) yang akan berlangsung Sabtu ini.
Kejohanan tersebut menyaksikan petarung MMA amatur dari seluruh negara berentap bagi merebut kejuaraan untuk kategori masing-masing.
Rata-rata mereka telah bersedia dan tidak sabar untuk menumpaskan lawan mereka.
Salah seorang petarung musim ini, Prabu Somanaidu dari Selangor mengakui bahawa saingan kali ini sememangnya hebat berbanding musim lalu.
“Tahun ini MMA pergi ke seluruh Malaysia seperti Johor, Kelantan untuk memilih petarung terbaik. Jadi, ia memang sukar bagi saya, oleh itu dua bulan lepas saya telah ke Phuket, Thailand bersama pasukan saya untuk menjalani latihan dan kini saya telah bersedia” jelas Prabu.
Mereka ditemui ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur Sementara itu bagi pertarungan Super Fights ia bakal menyaksikan petarung Amerika Syarikat, Matt Pellino berhadapan dengan petarung UFC, Will Chope.
Pellino ketika ditemui berkata, dia menaruh keyakinan tinggi untuk mengalahkan lawannya menerusi pukulan knock-out.
“Saya akan menentang Will Chope untuk kategori terbuka, bermakna tiada had berat badan. Will merupakan seorang veteran UFC dan dia mempunyai pengalaman sebanyak 27 pertarungan. Saya jangka keputusan yang baik untuk Sabtu nanti” kata Pellino.
Kejohanan MIMMA musim kedua ini akan diadakan di Stadium Negara.
Kejohanan tersebut bermula dengan penyertaan lebih 400 petarung MMA sejak awal tahun yang kemudiannya disenarai pendek kepada kepada 14 peserta akhir.
Idea MIMMA telah dicetuskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo.
Ia bertujuan bagi mempromosi sukan MMA di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Fighting Championship
#MIMMA
#MMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan