Jurulatih pasukan bola sepak negara bawah 22 tahun, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan kekalahan 0-1 kepada tuan rumah, Filipina pada Sukan SEA ke-30 di Stadium Memorial Rizal malam tadi sebagai "keputusan yang memalukan."
Pasukan negara yang masih belum memenangi walau satu perlawanan sekalipun selepas mengikat 1-1 dengan Myanmar dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A Isnin lepas, tewas kepada tuan rumah melalui gol Amani Manuel Aguinaldo pada minit ke-72.
Ini meletakkan pasukan muda negara berada dalam tekanan kerana hanya dua pasukan teratas yang akan mara ke separuh akhir, namun Kim Swee percaya anak buahnya masih boleh membuat sesuatu untuk meningkatkan prestasi dan menghidupkan harapan untuk terus mara.
"Pastinya bukan keputusan yang baik untuk kita hari ini... pasukan tuan rumah nampak lebih bersemangat dari kita. Kita seharusnya malu dengan keputusan hari ini, tetapi secara matematik kita masih ada peluang untuk mara ke peringkat berikutnya," katanya dalam persidangan media selepas perlawanan.
"Jelas kelihatan kita tidak bermain dengan baik, tetapi pada babak kedua aksi pemain agak baik sebelum mereka melakukan kesilapan menerusi sepakan sudut.
"Bermula dari situ kita buat perubahan, namun Filipina memang seharusnya menang, mereka menunjukkan permainan yang sangat baik, lebih bersemangat daripada pasukan kita, dan di hujung permainan, kita tidak menggunakan peluang sepenuhnya untuk menjaringkan gol," katanya.
BACA: Bola sepak Sukan SEA: Malaysia tewas tipis kepada Filipina
"Keputusan sudah muktamad, tidak dapat diuubah lagi, kita ada banyak lagi perlawanan untuk dihadapi, kita perlu bangkit dengan lebih bertenaga. Ini keputusan yang memalukan bagi kita, tetapi para pemain masih boleh menebus kekalahan... ia akan menunjukkan karakter dan sikap pemain, jadi kita akan lihat dalam dua perlawanan berikutnya apa yang akan berlaku," katanya.
Keputusan malam tadi meletakkan Malaysia di tempat keempat dengan satu mata, manakala Myanmar mendahului kumpulan dengan tujuh mata, diikuti oleh Filipina dan Kemboja dengan masing-masing memperoleh empat mata.
Sementara itu jurulatih pasukan Filipina, Goran Milojevic berkata pasukannya memang seharusnya menang perlawanan malam tadi selepas kalah kepada Myanmar 1-2, dan seri 1-1 dengan Kemboja dalam perlawanan sebelum ini.
"Kami sepatutnya sudah mengumpul banyak mata sebelum perlawanan ini, tetapi keadaan memaksa kami untuk bermain lebih banyak menyerang. Kami terkejut dengan persembahan Malaysia ... kami mengikuti mereka dengan teliti, perlawanan sebelum ini menyaksikan mereka membuat formasi 4-3-3, tetapi hari ini mereka bermain dengan formasi 3-5-2.
"Jadi sekiranya kami bermain dengan formasi 4-4-1-1 walaupun ia sangat berbahaya kerana terlalu nampak menyerang, tetapi pemain menerima idea itu. Kami mengawal perlawanan dari minit pertama, semua kredit seharusnya diberikan kepada pemain, terima kasih kepada mereka," kata warga Serbia itu pada sidang media berkenaan.
Dalam perlawanan berikutnya Malaysia akan berhadapan dengan Timor Leste pada hari Isnin, disusuli dengan Kemboja dua hari kemudian, dan sekiranya kalah dalam mana-mana satu perlawanan, para pemain sudah boleh berkemas untuk pulang dengan tangan kosong.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019
Reaksi Ong Kim Swee selepas pasukan Filipina membuat jaringan gol pada acara Perlawanan Bola Sepak Lelaki Peringkat Kumpulan di antara Malaysia dan Filipina di Stadium Rizal Memorial, Manila, 29 Nov, 2019. --fotoBERNAMA
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Keputusan memalukan, namun peluang tetap masih ada - Kim Swee
Ini meletakkan pasukan muda negara berada dalam tekanan kerana hanya dua pasukan teratas yang akan mara ke separuh akhir.