awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kevin sah lepas jawatan CEO MFL

Bernama
Bernama
30/11/2019
07:45 MYT
Kevin sah lepas jawatan CEO MFL
Kevin Ramalingam sah melepaskan jawatan.
Kevin Ramalingam sah melepaskan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berkuat kuasa semalam (Jumaat, 29 November).
Perkara itu disahkan oleh MFL, dalam satu kenyataan media, yang turut mengumumkan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Ab Ghani Hassan sebagai pemangku CEO berkuat kuasa 1 Disember.
Ab Ghani, yang dilantik oleh Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin bagi melancarkan pentadbiran badan pentadbir Liga Malaysia itu, akan memangku tugas tersebut sehingga pelantikan CEO baharu dibuat.
"Keputusan itu dibuat menerusi persetujuan bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah selepas menerima permohonan peletakkan jawatan Kevin pada Khamis lalu. Kevin telah menghantar permohonan untuk melepaskan jawatannya sebagai CEO MFL kerana ingin meneruskan karier baharunya.
"Ahli Lembaga Pengarah MFL menerima permohonan itu demi kebaikan masa depan beliau. MFL turut tidak mahu terlepas peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Kevin selama beliau bertugas bersama MFL dan mendoakan selamat maju jaya di tempat baharu nanti," kata MFL.
Kevin yang pernah menjawat jawatan CEO The Red Warriors Sdn. Bhd telah dipilih menjadi CEO Football Malaysia Limited Liability Partner-ship (yang kini dikenali MFL) pada April 2015.
Spekulasi mengenai peletakkan jawatan Kevin hangat diperkatakan selepas laporan sebuah blog yang mengatakan semalam adalah hari terakhir beliau di MFL dan telah mengucapkan selamat tinggal kepada petugas di MFL.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Ghani Hassan
#ceo MFL
#kevin ramalingam
#lepas jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan