Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperoleh peruntukan RM30 juta bagi musim 2018 berbanding RM27 juta tahun ini bagi memenuhi pelbagai aspek keperluan dalam memastikan Lang Merah bersedia menghadapi cabaran musim depan.
Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, daripada jumlah RM30 juta itu, sebanyak RM18 juta diterima daripada penaja utama, ECK Development Sdn Bhd.
"Sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk mendapatkan khidmat lima pemain import dan buat masa sekarang kami mempunyai dua pemain import lama iaitu Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi.
"Kami masih mencari tiga pemain import dan ia dijangka selesai menjelang pertengahan Januari 2018 bagi membolehkan pasukan bersiap sedia untuk perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Februari nanti," katanya selepas mesyuarat Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke-42 di Wisma Darul Aman, hari ini.
Katanya, pemilihan tiga pemain import itu akan dibuat oleh Ramon Marcote sebagai jurulatih utama dalam usaha untuk membina satu pasukan yang kuat sebelum ia akan dimuktamadkan bersama pihak KFA.
BACA: Ramon Marcote sah ketua jurulatih Lang Merah
Pada mesyuarat tersebut, Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar memaklumkan kesemua 36 ahli gabungan KFA bersetuju untuk mengekalkan Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah sebagai Presiden KFA.
Ahmad Bashah yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, dia berterima kasih kepada semua ahli gabungan dan penaja utama skuad Lang Merah, ECK Development yang memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui KFA.
"Harapan penaja dan semua ahli gabungan adalah untuk melihat KFA terus kuat dan perkara paling penting di sini ialah kerjasama daripada semua pihak termasuk penaja dan penyokong.
"Kami (KFA) tidak minta dipuji tapi berharap semua pihak untuk terus bersama KFA dalam apa juga keadaan. Penyokong juga perlu menyokong keseluruhan struktur KFA, kalau sokong bola sepak tetapi tidak sokong pengurusan ia akan lemah juga," katanya.
Isnin lalu, Pengarah ECK Development Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew dalam kenyataan berkata, pihaknya akan mempertimbangkan semula penajaan sekiranya Ahmad Bashah meletakkan jawatannya sebagai presiden KFA seperti yang didesak pihak tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2017
Liridon Krasniqi salah seorang daripada dua pemain import yang dikekalkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi menghadapi musim 2018. - Foto BERNAMA
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.
Kekalutan politik Kedah
Peristiwa pelantikan dan pergolakan Menteri Besar Kedah tidak pernah berkesudahan.
Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah
Tindakan itu adalah bagi memberi laluan kepada barisan pelapis baharu untuk meneruskan dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan BN di Kedah.
PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib
Beliau berkata disebab itu, agenda perumahan menjadi keutamaan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14.
'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tahap sokongan UMNO di Langkawi apabila memutuskan keputusan untuk bertanding di Parlimen berkenaan.
BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding
Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Parlimen dibubar hari ini?
Adakah Parlimen akan dibubarkan hari ini? Ramai dalam kalangan pengamal media meramalkan pembubaran akan diumumkan hari ini.
Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan
Peningkatan kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbanan anggota serta pegawai sukarela badan beruniform di seluruh negara.
Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu pengurusan KFA melakukan siasatan dan rombakan sekiranya perlu.
'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai
Cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.