"Angkat sumpah itu satu perkara yang serius dan pihak berkenaan perlu bertanggungjawab".
Itu jawapan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai pemain dan pegawai T-Team yang bersumpah di depan Al-Quran pada Isnin.
Itu jawapan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai pemain dan pegawai T-Team yang bersumpah di depan Al-Quran pada Isnin.
Ekoran insiden perbalahan yang berlaku di terowong pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin awal bulan ini, pelbagai laporan dikeluarkan sehingga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menggesa kedua-dua pihak berkenaan bersumpah di depan Al-Quran.