Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meluahkan kesediaannya bertemu dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Walaubagaimanapun, pertemuan tersebut hanya akan diadakan selepas badan induk sukan bola sepak negara itu menjawab surat dari pesuruhjaya sukan terlebih dahulu.

Kata khairy, FAM diberi tempoh menjawab surat berkenaan dalam tempoh 14 hari yang diberikan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan timbalan presiden persatuan jurulatih bola sepak Malaysia Zainal Abidin Hassan yang menganggap keputusan mahu menggantung dan membatalkan FAM adalah kebudak-budakan, khairy berkata, perkara itu bukanlah keputusan beliau tetapi ianya sudah termaktub di dalam undang-undang Malaysia.

Khairy bercakap demikian selepas Program Malaysia Day Ride 2015 yang diadakan di Dataran Merdeka pada Jumaat.

Turut hadir di program berkenaan adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.