awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM

Bernama
Bernama
25/11/2024
06:17 MYT
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini. - FB FAM
KUALA LUMPUR: Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook rasminya mengumumkan penetapan harga RM30 bagi tempat duduk terbuka, RM50 (grandstand) dan RM60 (premium), manakala tiket kanak-kanak dijual pada harga RM5.
Tiket boleh didapati menerusi laman sesawang www.tickethotline.com.my.
Stadium Nasional akan menjadi tuan rumah melibatkan aksi Malaysia menentang Timor Leste pada 11 Dis, dan Singapura pada 20 Dis.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente akan memulakan kempen menentang Kemboja pada 8 Dis di Phnom Penh, sebelum menghadapi cabaran juara bertahan Thailand pada 14 Dis di Bangkok.
Kumpulan B pula dibarisi naib juara Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos.
Hanya dua pasukan teratas akan layak ke separuh akhir, dan aksi separuh akhir serta final dilangsungkan mengikut format timbal balik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala ASEAN 2024
#harimau Malaya
#FAM
#jualan tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan