awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan

Bernama
Bernama
07/12/2024
22:45 MYT
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Hannah menyampaikan ucapan perasmian pada Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Datuk Chu Ah Nge di Kuala Lumpur, 7 Dis 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata kesinambungan dan keberkesanan adalah penting dalam kepimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan presiden badan induk itu.
Beliau berkata meskipun perubahan adalah sesuatu yang biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
“Saya lihat perubahan dalam sukan memang satu perkara yang biasa, cuma perlu ada kesinambungan... bermaksud pimpinan lama keluar, pimpinan baharu mesti ada kelestarian.
"Jadi, saya tak nak apa-apa perancangan terganggu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Datuk Chu Ah Nge di Annex Sukan Bukit Kiara Kelab Diraja Selangor di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Hamidin dan penstrukturan baharu pasukan kebangsaan serta skuad muda negara yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Hannah juga berharap FAM terus komited dalam melakukan perubahan positif dan mengekalkan prestasi yang baik bagi mencapai sasaran peningkatan mutu bola sepak negara.
"Ini kerana sokongan kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah untuk melihat Harimau Malaya mempunyai prestasi yang semakin meningkat. Jadi, perubahan itu okey cuma kena pastikan ia akan mendatangkan hasil yang bagus,” katanya.
Pada masa sama, Hannah berkata Hamidin belum bertemu dengannya seperti yang dirancang namun menghormati keputusan itu kerana percaya beliau mempunyai alasan tersendiri untuk tidak bertanding semula.
Rabu lepas, Hamidin yang menduduki kerusi nombor satu FAM sejak Julai 2018 mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada Kongres Pemilihan FAM bagi penggal 2025-2029 yang dijadual berlangsung pada 15 Feb 2025.
Beliau membuat keputusan itu kerana mahu memberi laluan kepada pemimpin baharu untuk melonjakkan FAM ke tahap yang lebih tinggi.
Hannah turut memuji penganjuran Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Datuk Chu Ah Nge, yang memasuki edisi ke-18, antaranya kerana berjaya menghimpunkan 120 pasukan termasuk dari luar seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Maldives.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#harimau Malaya
#Hannah Yeoh
#Hamidin Mohd Amin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan