awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy umum isu 'pendrive' pada Jumaat

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
31/08/2016
10:17 MYT
Khairy umum isu 'pendrive' pada Jumaat
KHAIRY: Saya masih mencari bukti berlakunya penyelewangan dalam dokumen itu kerana mahu memastikan isi kandungan yang diserahkan kepada SPRM adalah relevan. - Gambar fail
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan membuat satu pengumuman bagi menjelaskan isu kandungan pemacu pena yang berkait dengan skandal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Jumaat ini.
Katanya lagi, beliau akan menyerahkan isi kandungan pemacu pena kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika bukti penyelewangan ditemui.
"Dokumen itu mengandungi soal isu teknikal bola sepak, dan bukan dokuman bukti rasuah sahaja.
"Saya masih mencari bukti berlakunya penyelewangan dalam dokumen itu kerana mahu memastikan isi kandungan yang diserahkan kepada SPRM adalah relevan," kata Khairy ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak 2016 di sini, pada Rabu.
Sebelum ini, Bekas Pengerusi Jawatankuasa FAM, Datuk Taufik Razak berkata Khairy perlu menyerahkan isi kandungan kepada SPRM kerana Khairy tidak mempunyai kuasa untuk membuat siasatan.
"Mungkin mereka yang seperti Taufik salah faham. Dia ingat dalam dokumen itu sepenuhnya menceritakan soal penyelewengan, sebenarnya dokumen itu banyak mengenai soal teknikal bola sepak FAM.
"Saya perlu baca dan lihat apa yang releven dengan bola sepak atau mengenai penyelewengan.
"Kalay saya jumpa mengenai soal penyelewengan, sudah pasti saya perlu serah kepada SPRM," kata Khairy.
Tambah lagi, beliau juga mungkin mahu menyerahkan kesemua isi kandungan pemacu pena kepada SPRM untuk memastikan ketelusan semua pihak.
Jumaat lalu, Khairy menerima pemacu pena dari pemilik Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahm, yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku FAM.
Topic Berkaitan
#bukti
#Khairy Jamaluddin Abu Bakar
#Menteri Belia dan Sukan
#pemacu pena
#penyelewengan
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan