awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Fatt menang jawatan Naib Presiden Wushu Asia tanpa bertanding

Bernama
Bernama
23/09/2023
21:00 MYT
Kim Fatt menang jawatan Naib Presiden Wushu Asia tanpa bertanding
Chong Kim Fatt (gambar) adalah rakyat Malaysia ketiga yang dipilih membarisi Lembaga Eksekutif WFA selepas Tun Dr Lim Keng Yaik dan Datuk Seri Kee Yong Wee. - Facebook Olympic Council of Malaysia
HANGZHOU: Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) Datuk Chong Kim Fatt dipilih seorang daripada empat Naib Presiden Persekutuan Wushu Asia (WFA).
Kim Fatt memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2023-2026 pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif WFA ke-53 yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam.
Kim Fatt yang juga Ketua Kontinjen (CDM) Sukan Asia Hangzhou 2022 yang sedang berlangsung dan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Eksekutif WFA pada penggal sebelumnya.
"Saya amat bersyukur atas peluang yang diberikan. Saya akan memikul tanggungjawab ini untuk berkhidmat dalam sukan ini dan negara tercinta, selain menggalakkan diplomasi sukan untuk bangkit bersama," katanya kepada Bernama.
Beliau adalah rakyat Malaysia ketiga yang dipilih membarisi Lembaga Eksekutif WFA selepas Tun Dr Lim Keng Yaik dan Datuk Seri Kee Yong Wee.
Sementara itu, Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, yang mengucapkan tahniah kepada Kim Fatt menerusi kenyataan di Facebook MOM, percaya kualiti kepimpinan luar biasa beliau akan membawa nilai tambah kepada WFA.
"Sumbangan Datuk Chong Kim Fatt dalam memajukan pembangunan Wushu di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara serta kesannya kepada benua Asia yang lebih luas, diiktiraf secara meluas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Naib Presiden Persekutuan Wushu Asia
#Chong Kim Fatt
#menang tanpa bertanding
#wushu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan