Pengendali skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui Jepun adalah pasukan yang lebih baik pada aksi peringkat 16 pasukan terbaik Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang berlangsung di Stadium Patriot Chandra di sini, malam ini.
Bagaimanapun, beliau berkata pasukannya hanya tidak bernasib baik selepas menampilkan disiplin tinggi ketika bertahan untuk menyerap segala serangan 'Samurai Biru' selain berpeluang mencemaskan gawang gol lawan menerusi beberapa gerakan menarik.
" Sebelum perlawanan, kami tahu Jepun adalah pasukan yang kuat dan memiliki banyak pilihan untuk melakukan serangan. Corak permainan mereka berbeza semasa menentang Vietnam berbanding dengan Malaysia.
" Walaupun kami mampu bertahan sehingga minit ke-87 namum mereka tidak mengalah.
" Kami dihukum kerana gagal melakukan penyudah dan malang tidak dapat bertahan sehingga waktu tambahan," katanya pada sidang media selepas perlawanan itu malam tadi.
BACA: Gol saat akhir lebur hasrat Malaysia
Jepun menang tipis ke atas Malaysia 1-0 dalam perlawanan penuh dramatik yang menyaksikan sepakan penalti pemain gantian, Ayase Ueda pada minit ke-88 menjadi pemusnah impian negara untuk mara ke peringakat suku akhir.
Mengulas lanjut, Kim Swee berkata hanya sedikit perbezaan memisahkan antara anak buahnya dengan skuad kendalian ketua jurulatih, Hajime Moriyasu.
"Mereka lebih hebat tetapi kami tetap memberi saingan sengit dan akhirnya tahap kami tidak begitu jauh dalam perlawanan peringkat umur. Kita perlu berusaha lebih gigih," katanya.
Terdahulu, Malaysia mara ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan E selepas meraih dua kemenangan termasuk mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan 2-1 dalam aksi kedua kumpulan sebelum tewas 2-3 kepada Bahrain dalam perlawanan terakhir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 24 2018
Pengadil, Bijan Heidari menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Jepun selepas Dominic Tan Jun Jin menjatuhkan pemain Jepun dalam kawasan Malaysia pada bola sepak Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 malam tadi. - Foto Bernama
Syor Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan diteliti - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan meneliti cadangan menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan.
Johor kini pasaran pusat data terbesar di Malaysia
Laman sumber Baxtel mengklafisikasikan Johor sebagai pasaran pusat data terbesar di Malaysia sekarang, apabila syarikat multinasional (MNC) dengan kehadiran serantau mencurahkan pelaburan ke negeri itu.
Baxtel meletakkan Johor sebagai pasaran pusat data kesembilan terbesar di Asia Pasifik.
Baxtel meletakkan Johor sebagai pasaran pusat data kesembilan terbesar di Asia Pasifik.
Polis rakam keterangan editor portal Bahasa Inggeris
: Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City, pada Isnin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu terbabit hadir memberi keterangan pada jam 8.30 pagi iaitu diawalkan berbanding waktu asal yang ditetapkan pada jam 11 pagi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu terbabit hadir memberi keterangan pada jam 8.30 pagi iaitu diawalkan berbanding waktu asal yang ditetapkan pada jam 11 pagi.
Polis nafi serangan ke atas dua pemain bola disebabkan bookie
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang ramai digesa tidak mereka-reka cerita yang tidak benar sehingga siasatan dijalankan.
Mengenang Allahyarham Hail Amir
Penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 76 dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
Ditalian bersama kita pada waktu ini ialah Hafiz Nafiah, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Datuk DJ Dave, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M)
Ditalian bersama kita pada waktu ini ialah Hafiz Nafiah, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Datuk DJ Dave, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M)
'Keadaan Faisal Halim tidak begitu baik'
Keadaan pemain Selangor FC, Faisal Halim tidak begitu baik selepas menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam pada Isnin.
Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan
Sebanyak 37 individu ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi Pos Pemeriksaan Darat (RCP) di bawah ESSCOM.
[TERKINI] Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 76 dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
OKU Sentral bantah istilah digunakan Isaiah Jacob dalam merujuk kepada OKU
OKU Sentral menyuarakan rasa kecewa, dan membantah tindakan Senator Isaiah Jacob berterusan menggunakan istilah "specially abled".
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.