Perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea (PNG) esok menjadi platform penting buat skuad Harimau Malaysia mencari rentak kemenangan menjelang saingan Piala AFF yang bermula 20 November ini.
Ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee yang menerima kritikan daripada penyokong berikutan prestasi kurang memuaskan sejak awal tahun ini, mahu melihat pemainnya mempamerkan corak permainan lebih teratur pada aksi di Stadium Shah Alam, petang esok.
"Saya tidak peduli dengan kritikan ini kerana bagi saya, penyokong yang sejati ialah mereka yang kekal memberi sokongan biarpun pasukan itu tewas. Kalau nak kritik, kritiklah saya selepas Piala AFF nanti...saya sedia terima segala kritikan untuk kebaikan bola sepak negara.
"Aksi menentang PNG ini bukan mudah...saya mahu melihat pergerakan yang lebih teratur bukan sahaja ketika menyerang tetapi perlu lebih berdisiplin dan terurus ketika bertahan juga. Saya perlu menggilap segala kelemahan ini sebelum bertemu Kemboja pada Ahad depan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat koordinasi perlawanan persahabatan menentang PNG, di Wisma FAM di sini, hari ini.
Jurulatih berasal dari Melaka itu juga tidak berhasrat memanggil mana-mana pemain tambahan dalam senarai 25 pemain yang sedang menjalani latihan pusat, berikutan kecederaan pemain pertahanan, Ahmad Khuzaimi Pee.
"Dia (Ahmad Khuzaimi) tidak ada dalam kesebelasan utama untuk aksi menentang PNG dan akan menjalani imbasan esok sebelum kami memutuskan kedudukannya sebaik menerima laporan perubatannya.
"Saya tidak boleh memanggil mana-mana pemain menggantikannya sekarang kerana ketika ini sudah di luar musim pertandingan. Saya perlu menilai kecergasan pemain, jika mengambil pemain lain," katanya yang percaya 24 pemain yang ada mampu mengisi kekosongan itu.
Selepas gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut apabila sekadar seri tiga kali dalam aksi persahabatan antarabangsa dan menang 4-3 ke atas skuad bawah 22 tahun negara dua hari lalu, Harimau Malaysia perlu mencipta kemenangan untuk meraih keyakinan penyokong.
Senarai akhir 23 pemain untuk mengharungi Piala AFF di Myanmar akan diumumkan pada Selasa ini, selepas mengambil kira prestasi pemain pada aksi menentang PNG, esok.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan membuka kempen menentang Kemboja pada 20 November sebelum berdepan Vietnam (23 November) dan tuan rumah Kumpulan B, Myanmar (26 November), perlu berada dalam kelompok dua pasukan teratas untuk mara ke separuh akhir.
Sementara itu, jurulatih PNG, Flemming Serritslev yang menjangkakan cabaran sengit dari Malaysia, meletakkan harapan kepada penyerang lincahnya, Tommy Semmy yang meledak dua gol ketika menewaskan Harimau Malaysia 2-0 sewaktu Jelajah Ocenia Jun lalu.
PNG tidak bermain dalam sebarang aksi kompetitif selepas pertemuan dengan Malaysia kerana semua kemudahan bola sepak negara itu ditutup untuk persediaan Piala Dunia Wanita Bawah 20 tahun yang dianjurkan mereka mulai hari ini.
"Pasukan ini tidak berada pada tahap fizikal terbaik seperti pertemuan pertama dulu dan ini terbukti apabila kami tewas 1-8 dalam perlawanan persahabatan menentang Iran tiga hari lepas," katanya.
Sebagai rekod, Malaysia pernah membelasah PNG 10-1 pada aksi persahabatan pada 1976 dan 5-1 pada 1984, sebelum tewas dalam perlawanan kali ketiga itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2016
Kim Swee tidak berhasrat memanggil mana-mana pemain tambahan dalam senarai 25 pemain yang sedang menjalani latihan pusat. - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gol Pawi bukan biasa-biasa
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.
Bekas jurulatih belia Barcelona B bantu Kim Pan-gon kemudi skuad Harimau Malaya
Empat individu menjadi taruhan beliau dan yang paling mencuri tumpuan ialah Pau Marti Vicente yang sebelum ini merupakan pembantu jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun kelab Barcelona B.
'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
Mendiang seringkali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana dia memang aktif bersukan.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Vietnam
Misi skuad tanah air diteruskan dengan perlawanan menentang Indonesia pada 19 Disember (Ahad) dalam peringkat kumpulan.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya genggam tiga mata pertama, baham Kemboja 3-1
Skuad Kemboja tidak menamatkan perlawanan dengan tiada sebarang gol, selepas hasil jaringan penalti pada minit ke-90 oleh Sath Rosib.
Takiyuddin tidak hadir Parlimen, disahkan positif COVID-19
Perkara itu disampaikan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika bangkit untuk menjawab soalan.
Cools, Luqman dipanggil sertai Harimau Malaysia bertemu Jordan, Uzbekistan
Skuad kebangsaan dijadualkan menentang negara tuan rumah 6 Oktober sebelum bertemu Uzbekistan tiga hari kemudian.
Jordan, Uzbekistan pilihan tepat uji Harimau Malaya - Cheng Hoe
Ia di kala ada yang beranggapan skuad negara perlu bertemu pasukan kerdil untuk membina semula selepas gagal ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 Jun lalu.
Hak prerogatif Cheng Hoe tentukan pemilihan pemain - Dollah
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe perlu diberi ruang sepenuhnya menggalas tanggungjawab membimbing skuad Harimau Malaya, terutama dalam aspek pemilihan pemain.
Kedudukan Cheng Hoe masih selamat
Ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe masih diberi mandat untuk terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual tahun depan.