JURULATIH negara, Datuk Ong Kim Swee, mengakui berpuas hati dengan kombinasi pemainnya, terutama di bahagian pertahanan, selepas seri 1-1 dengan Afghanistan di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Kim Swee melakukan perubahan drastik terhadap kesebelasan utamanya ketika perlawanan persahabatan antarabangsa itu.
Ia menyaksikan lapan pemain yang tidak berada dalam kesebelasan utama ketika bertemu Singapura, Jumaat lalu, memulakan aksi.
Ternyata, tindakan itu menyuntik elemen positif meskipun skuad negara bermula perlahan pada babak pertama.
"Apa yang saya lihat, mereka mengetahui tugas mereka dan lapan pemain yang diturunkan itu, seperti yang telah saya katakan, mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan, terutamanya mengetahui tentang sistem pasukan," jelasnya.
Lantas, Kim Swee gembira dengan peningkatan corak permainan anak buahnya selepas turut berjaya meraih jaringan.
Dalam dua perlawanan terdahulu, jentera serangan skuad negara kelihatan tumpul susulan kegagalan menghasilkan gol.
"Sudah tentu ia sedikit merisaukan tetapi apa yang penting, kami tidak tewas dan dalam masa yang sama, seperti yang telah saya katakan, kem kali ini lebih tertumpu kepada bahagian pertahanan.
"Selepas ini, sudah tentu ada banyak lagi perkara yang perlu dilakukan, terutamanya dari segi bahagian serangan," tambah Kim Swee.
Sementara itu, pengendali Afghanistan, Petar Segrt, mengakui jaringan penyamaan Malaysia pada lewat babak pertama, menjejaskan momentum permainan pasukannya pada babak kedua.
"Apabila kami mendahului dengan satu gol, ia memberikan kesukaran kepada pasukan lawan.
"Bagaimanapun, ia dilihat menjadi penyuntik kepada kebangkitan mental lawan dan menjatuhkan mental pemain kami. Mereka juga berjaya untuk menggunakan kebangkitan tersebut dengan sebaik-baiknya.
"Mereka boleh bermain bola sepak dengan baik, dengan semua barisan pemain serta jurulatih yang bagus, pada saya tidak banyak perubahan kelihatan," jelas Segrt.
Astro Arena
Thu Oct 13 2016
Datuk Ong Kim Swee berkata perubahan drastik terhadap kesebelasan utamanya menyuntik elemen positif meskipun skuad negara bermula perlahan pada babak pertama. - fotoBERNAMA / Fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.