Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Datuk Ong Kim Swee berpuas hati dengan prestasi Harimau Malaysia walaupun tewas 0-2 kepada gergasi Asia Barat, Arab Saudi pada aksi terakhir Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah, Arab Saudi, awal pagi ini.
Jurulatih kelahiran Melaka itu berkata beliau menghimpunkan kesemua 23 pemain sebagai satu pasukan pada Isnin, dan menambah semua pemain menjalani sesi pemulihan dalam tiga hari lepas untuk mengembalikan semula kecergasan selepas mengharungi perlawanan yang padat dalam Liga Malaysia.
"Seperti yang anda lihat, Arab Saudi menguasai permainan tetapi pemain kami mempamerkan prestasi yang baik dari segi pertahanan dan menyukarkan Arab Saudi (untuk menjaringkan gol) dan akhirnya, saya tidak boleh meminta lebih daripada mereka.
"Saya juga berharap kami dapat belajar daripada kekalahan ini terutama menentang pasukan negara Asia Barat seperti Emiriah Arab Bersatu, Palestin dan Arab Saudi," Kim Swee berkata dalam sidang media selepas perlawanan itu.
Jabatan Media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan audio sidang media itu.
Tuan rumah memperoleh gol mereka melalui Mohammed Al Sahlawi pada minit ke-50 dan Taiseer Al Jassam pada minit ke-73.
Kim Swee dalam pada itu berkata keputusan memasukkan pemain pertahanan yang sering menghadapi masalah kecederaan Aidil Zafuan Abdul Radzak, dibuat selepas pemain itu mengesahkan cergas untuk bermain.
"Saya tidak mahu mengambil risiko...saya telah mendapatkan pandangan doktor pasukan. Jika pemain tidak cergas, saya tidak akan benarkan. Bagi saya, Aidil adalah pemain penting bagi kami," katanya.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia perlu menempuhi aksi play-off ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 manakala gergasi Asia Barat itu layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2018.
Skuad itu dijangka pulang lewat hari ini sebelum menuju ke Melaka untuk perlawanan persahabatan menentang Macau di Stadium Hang Jebat pada 29 Mac.
Bernama
Fri Mar 25 2016
KIM SWEE: Semua pemain menjalani sesi pemulihan dalam tiga hari lepas untuk mengembalikan semula kecergasan.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.