NAM DINH: Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23) Brad Maloney enggan terbuai dengan kemenangan 2-1 ke atas Thailand dalam acara bola sepak lelaki Kumpulan B pada temasya Sukan SEA ke-31 di Stadium Thien Truong di sini malam tadi.
Jurulatih berusia 50 tahun kelahiran Australia itu berkata adalah terlalu awal untuk bercakap mengenai peluang pasukannya mara ke separuh akhir atau final.
"Ini adalah perlawanan pertama kejohanan dan kami mempunyai tiga lagi saingan dalam peringkat kumpulan, jadi kami perlu kekal fokus.
"Keputusan positif (menang ke atas Thailand) untuk kami malam ini (tadi), tetapi sudah tentu kami perlu terus fokus untuk (perlawanan) kumpulan, sebelum memikirkan perkara lain," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perlawanan itu di sini.
Pada pertembungan malam tadi, Thailand membuka jaringan pada minit ke-33 selepas penyerang Patrik Gustavsson memanfaatkan kekalutan dalam kotak penalti sebelum terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Jonathan Khemdee dilayangkan kad merah oleh pengadil.
Peluang itu digunakan oleh anak buah Maloney untuk bangkit dan mengutip tiga mata pada separuh masa kedua menerusi jaringan penyamaan Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-61 sebelum Muhammad Nur Azfar muncul wira negara selepas mengesahkan kemenangan Malaysia pada jaringan saat akhir.
Mengulas mengenai insiden kad merah, Maloney berkata ia tidak menjadikan permainan itu mudah bagi skuad kendaliannya yang mempamerkan semangat juang tinggi sehingga hujung perlawanan.
"(Mengenai) kad merah, saya percaya ia wajar walaupun 10 lawan 10 kami ketinggalan dengan satu gol, saya percaya kami masih berada dalam permainan dan mengawal kawasan kedudukan yang luas. Ia sesuatu yang sukar apabila pasukan kehilangan seorang pemain, tetapi ia menjadi tanggungjawab kami untuk memanfaatkannya," katanya.
Sementara itu, Maloney berkata terdapat beberapa kecederaan dan lebam dalam kalangan pemainnya selepas perlawanan malam tadi dan berharap kesemua mereka dapat kembali ke tahap kecergasan terbaik sebelum berhadapan Laos pada 11 Mei di Stadium Thien Truong.
Selepas itu, skuad kebangsaan akan bertemu Singapura pada 14 Mei dan menamatkan pusingan kumpulan menentang Kemboja dua hari kemudian di venue sama dalam usaha untuk muncul dua pasukan teratas bagi melayakkan diri ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022
Maloney berkata, adalah terlalu awal untuk bercakap mengenai peluang pasukannya mara ke separuh akhir atau final. - Bernama
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
FAM lepaskan Ketua Jurulatih B-23 Brad Maloney
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencapai kata putus bagi melepaskan khidmat Ketua Jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23), Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua pihak.
Pasukan negara mampu beri saingan sengit - Maloney
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Brad Maloney percaya pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada mana-mana pasukan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan.
Piala Asia B-23: Maloney ada sebab kekal pemain sedia ada
Maloney tetap percaya dengan kemampuan pasukannya berdasarkan aksi yang dipamerkan di Hanoi sebelum ini.
Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.
Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok
Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.
Sukan SEA Hanoi: Maloney bangga dengan keberanian anak buah
Pasukannya telah memberikan segalanya untuk cuba mengatasi tuan rumah yang dibimbing Park Hang Seo dari Korea Selatan itu.
Maloney gembira kemenangan ke atas Laos cerahkan peluang skuad negara
Skuad Brad Maloney kini mendahului Kumpulan B dan mengutip enam mata.
Sukan SEA Hanoi: Maloney mahu skuad negara hadirkan aura positif bertemu Laos
Pertemuan menentang Laos hari ini menjadi peluang terbaik buat skuad muda negara menebus kehampaan.
Mukhairi percaya kemampuan Maloney, anggap Polking bukan masalah
Muhammad Mukhairi berkata fokus pasukan hanya tertumpu kepada usaha membentuk skuad terbaik.
Pemain saya tidak gentar, kata Maloney menjelang pertemuan dengan Thailand
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober tahun lepas.