awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kita tak boleh bagi JDT menang saja, liga akan 'boring' - Presiden KLFA

Astro Arena
Astro Arena
02/05/2025
14:30 MYT
Kita tak boleh bagi JDT menang saja, liga akan 'boring' - Presiden KLFA
Syed Yazid menjelaskan jika tiada mana-mana kelab atau pasukan sedia untuk mencabar JDT, pastinya saingan Liga Malaysia akan menjadi suram dan bosan. - Foto: Sinar Harian
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, menegaskan Kuala Lumpur City sedia untuk menjadi pencabar utama Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2025/26.
Dia turut menjelaskan jika tiada mana-mana kelab atau pasukan sedia untuk mencabar JDT, pastinya saingan Liga Malaysia akan menjadi suram dan bosan.
Untuk rekod, skuad Warga Kota yang dibimbing Bojan Hodak pernah mencipta kejutan ke atas Harimau Selatan selepas muncul juara Piala Malaysia 2021 dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan Zhafri Yahya serta Paulo Josue.
"Bagi saya liga yang dianjurkan MFL saya tidak nampak sebagai petani mahupun merosot, apabila JDT dominasi dan jadi juara setiap tahun kita perlu ada satu pasukan untuk bersaing dengan JDT.
"Saya lihat pasukan yang mahu main sekarang ini mahu capai kedudukan nombor dua dan tiga, tiada satu pasukan pun mahu lawan JDT.
"Saya bagi tahu pengurusan dan pemain bahawa untuk musim baru ini kami akan lawan JDT agar ada saingan, kita tidak boleh bagi JDT menang sahaja dan kalau tidak liga ini akan 'boring'lah," katanya.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#JDT
#Liga Malaysia
#Kuala Lumpur City
#Presiden KLFA
#Syed Yazid Syed Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan