KUALA LUMPUR: Jaringan oleh pemain tengah Zhafri Yahya di hujung babak perlawanan membantu Kuala Lumpur (KL) City FC mengatasi Sri Pahang FC 1-0 pada aksi terakhir saingan peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia 2021 di Stadium Darul Makmur malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan skuad The City Boys mengesahkan kemaraan ke suku akhir selaku juara Kumpulan A dengan mengumpul 14 mata, selain berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dengan dua keputusan seri dalam keseluruhan enam aksi.
Meskipun peluang mara ke suku akhir sudah tertutup buat tuan rumah, namun skuad Tok Gajah tetap memberikan tentangan sengit sepanjang perlawanan sebelum KL City FC memecah kebuntuan menerusi rembatan 'volley' Zhafri dalam kotak penalti pada minit ke-83.
Menanti KL City FC di pentas suku akhir adalah naib juara Kumpulan B, Selangor FC yang bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Perak FC 2-1 pada pertembungan di Stadium Perak, Ipoh.
Pada aksi itu, episod kebangkitan skuad Gergasi Merah bermula pada minit ke-72 selepas penyerang Sean Eugene Selvaraj menyudahkan hantaran lintang Danial Asri untuk gol penyamaan selepas ketinggalan hasil tandukan Royizzat Daud seawal minit ke-10.
Wan Zack Haikal Wan Nor muncul wira Selangor FC di Ipoh apabila meledak gol kemenangan menerusi sepakan percuma pada minit ke-85 sekali gus memberikan keyakinan serta motivasi kepada pasukan bagi menghadapi cabaran getir di suku akhir.
Sementara itu, juara Kumpulan B menjadi milik Terengganu FC (TFC) biarpun sekadar seri 1-1 berdepan Kuching City FC di Stadium Negeri di Kuching.
Pasukan bimbingan Mohd Nafuzi Zain terlebih dahulu berada di depan hasil sentuhan Mohammad Rahmat Makasuf pada minit ke-19 sebelum Kuching City FC menyamakan kedudukan menerusi pemain import Yuta Suzuki pada minit ke-46.
Sebagai juara kumpulan, TFC yang mengumpul 16 mata selepas merekodkan lima kemenangan dan satu seri akan membuat perhitungan di suku akhir menentang naib juara Kumpulan A Sarawak United FC yang kecundang di tangan Penang FC 1-2 di Stadium UiTM, Shah Alam.
Jaringan Christie Jayaseelan pada minit ketujuh memastikan Sarawak United FC memulakan perlawanan dengan bergaya sebelum Penang FC bangkit menyamakan kedudukan lima minit berselang menerusi sepakan percuma Muhammad Jafri Firdaus Chew.
Pemain sayap Mohammad Amer Azahar kemudian menjadikan kedudukan 2-1 berpihak Penang FC pada minit ke-43 sebelum kedua-dua pasukan buntu menghasilkan sebarang gol pada separuh masa kedua sekali gus menyaksikan skuad Harimau Kumbang melakar kemenangan sulung pada kempen itu.
Perlawanan suku akhir akan berlangsung secara timbal balik dengan aksi pertama pada 14 Nov diikuti aksi kedua 18 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021
Antara aksi menarik perlawanan peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia 2021 antara Selangor FC dan Perak FC di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi. - Foto Facebook Selangor FC
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
Impian terakhir Muslim Ahmad
BEKAS pemain kebangsaan, Muslim Ahmad menafikan sudah bersara daripada bola sepak selepas dia dilihat aktif dalam sukan Muay Thai.
Spekulasi perpindahan: Kapten skuad B-23 Kyrgyzstan dalam radar dua pasukan Liga Super?
Dua pasukan Liga Super dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan kapten skuad B-23 Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov.
Rahsia 10 tahun kejayaan JDT
Antara elemen penting ialah sikap profesional dan kemudahan yang dimiliki JDT serta sokongan komuniti dan peminat.
Pelukan, ciuman terakhir suami sebelum meninggal dunia ketika final Piala Malaysia
Nor Asiah berkata dia dan suaminya, serta anak mereka, duduk berasingan ketika perlawanan bola sepak itu berlangsung.
Tidak dilayangkan kad merah, Amat percaya pengadil buat keputusan tepat
Kapten JDT Jordi Amat percaya pengadil membuat keputusan yang tepat dengan tidak mengeluarkannya daripada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.
Final Piala Malaysia: Padang kurang cantik, tapi tak terkopak
Keadaan hujan lebat yang turun sebelum perlawanan juga tidak menukar padang menjadi 'bendang'.
Operasi LRT Stesen Bukit Jalil dilanjutkan hingga 1 pagi Jumaat ini
Ia bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC.
Stadium Nasional 90 peratus sedia untuk final Piala Malaysia
Stadium Nasional Bukit Jalil sudah 90 peratus bersedia untuk menganjurkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pada Jumaat ini.
'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.
PBSNT tuntut skuad Penyu lebih fokus
Beliau yakin skuad Penyu telah membuat persiapan terbaik untuk menghadapi JDT yang dilihat sebagai pasukan pilihan.