APA itu sukan Chinlone?

Chinlone merupakan sukan yang berasal dari Myanmar. Ia mula diperkenalkan di Sukan SEA Myanmar pada tahun 2013.

Berikut adalah informasi berkenaan sukan ini yang juga dipertandingkan di KL2017.

1. Chinlone merupakan sukan tradisional yang dimainkan di Myanmar.

2. Chinlone merupakan gabungan sukan dan tarian.

3. Chinlone memerlukan kemahiran pemain untuk menimbang bola takraw mengikut disiplin berdasarkan kategori.

4. Chinlone dimainkan seramai enam orang satu pasukan di dalam bulatan.

5. Ia menggunakan bola takraw yang bersaiz lebih besar.

6. Kiraan matanya pula menerusi setiap timbangan sempurna oleh setiap pemain dalam masa 10 minit.

7. Terdapat empat kategori dipertandingkan non-repetition event (primary), same stroke event, linking event dan non-repetition event (secondary).

8. Myanmar merupakan kuasa besar dalam sukan Chinlone tetapi negara tersebut tidak menyertai acara ini dalam Sukan SEA 2017.

9. Chinlone buat pertama kali diperkenalkan dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar.

10. Myanmar berjaya merangkul enam pingat emas ketika sukan itu pertama kali diperkenalkan di Sukan SEA 2013.