awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLHC pertahan Piala Sumbangsih buat kali keempat

Bernama
Bernama
13/01/2017
23:28 MYT
KLHC pertahan Piala Sumbangsih buat kali keempat
KLHC di bawah bimbingan Muhammad Harun Alrashid Samri terus mengasak gawang tuan rumah sebelum memperolehi gol kedua di minit ke-51 menerusi Muhammad Umar Bhutta menerusi gol padang. - Gambar hiasan
Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) berjaya mengekalkan Piala Sumbangsih selepas menewaskan Pasukan Hoki Terengganu(THT) 6-5 menerusi pukulan penalti dalam perlawanan Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki Batu Burok, di sini, malam tadi.
Terdahulu kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2 sebelum pemenang ditentukan menerusi pukulan penalti.
Dengan kemenangan pada malam ini pasukan pelawat menundukkan musuh tradisinya, THT dan memastikan piala itu kekal di Kuala Lumpur buat kali keempat.
KLHC mendahului THT pada minit ke-31, menerusi Muhammad Noor Faeez Ibrahim tetapi selang dua minit selepas itu THT menerusi ayam tambatannya Faizal Saari menyamakan kedudukan.
KLHC di bawah bimbingan Muhammad Harun Alrashid Samri terus mengasak gawang tuan rumah sebelum memperolehi gol kedua di minit ke-51 menerusi Muhammad Umar Bhutta menerusi gol padang.
Enggan berputih mata anak didik Sarjit Singh melakukan serangan balas dan Jang Jonghyun berjaya menyamakan kedudukan dengan pukulan sudut di minit ke-56 permainan.
Piala Sumbangsih disampaikan kepada pemenang perlawanan, KLHC, oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Wan Nawawi Wan Ismail. -- Bernama
Topic Berkaitan
#hoki
#KLHC
#Kuala Lumpur Hockey Club
#Piala Sumbangsih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan