Jurgen Klopp berkata Liverpool "main bermati-matian" ketika menewaskan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, awal pagi Sabtu.

Beraksi di luar Anfield, The Red mempamerkan aksi yang cemerlang, mendahului dua jaringan gol menerusi Dejan Lovren dan Jordan Henderson.

Diego Costa merapatkan kedudukan pada minit ke-61, Costa berpeluang untuk menyamakan kedudukan empat minit kemudian, namun percubaan berjaya diselamatkan penjaga gol Simon Mignolet.

Ini merupakan kemenangan kedua Liverpool di Stamford Bridge, memberikan kekalahan pertama buat Antonio Conte sejak mengambil alih Chelsea musim ini.

Klopp berpuas hati dengan persembahan pasukan di babak pertama perlawanan, tetapi mahu anak buahnya untuk cuba mengawal perlawanan sepenuhnya.

BACA: Liverpool benamkan Chelsea di Stamford Bridge

"Kami berhak mendahului perlawanan. Kami gagal mengekal rentak permainan kami dan Chelsea berjaya mengambil peluang untuk menjaringkan gol," katanya.

"Saya telah memberitahu kepada para pemain sebelum perlawanan, apa-apa sahaja boleh berlaku tetapi jika kami tewas, kami perlu tewas dengan cara permainan kami.

James Milner sekali bertindak sebagai pemain bek kiri buat skuad kendalian Klopp dan Klopp telah menjawab kritikan bahawa mereka mampu bersaing walaupun tidak berbelanja banyak di jendela perpindahan.

"Dua minggu lalu, setiap orang bertanya mengendali aktiviti perpindahan pemain Liverpool, mengapa tidak mendapatkan khidmat pemain-pemain baru tetapi kami telah membuktikannya di dalam satu perlawanan sukar, kami berhak meraih kemenangan dalam perlawanan ini."

Pengurus Liverpool itu juga memuji prestasi kapten pasukan, Henderson, katanya, "Dia seorang pemain yang bekerja keras, dia masih muda dan banyak tanggungjawab harus dipikul olehnya.