JURGEN Klopp melihat keperluan untuk membina kembali Liverpool sebagai faktor utama di sebalik keputusannya menandatangani kontrak baharu dengan kelab itu tahun lalu.
Klopp yang sudah memenangi tujuh trofi bersama Liverpool termasuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara telah menandatangani kontrak sehingga 2026.
Namun, untuk musim ini, Liverpool tampil dengan persembahan kurang memuaskan dan berada di kedudukan kesembilan liga, 10 mata di belakang pasukan yang berada di kedudukan empat terbaik.
Penyokong juga menyarankan pembaharuan dilakukan Klopp selepas melihat beberapa tonggak utama seperti Jordan Henderson dan Fabinho bergelut untuk membantu pasukan.
"Saya tidak mengatakan ia adalah cabaran terbesar, tetapi ia tetap adalah satu cabaran. Ia adalah salah satu sebab utama mengapa saya menandatangani kontrak baharu, kerana saya tahu pasukan perlu dibina semula.
"Ia tidak akan berlaku dalam tempoh yang pantas. Saya bukan pekerja yang mempunyai keajaiban. Pasukan ketika ini mengalami banyak masalah kecederaan dan itu menjadikan keadaan benar-benar rumit.
"Saya tidak mempunyai masalah dengan itu kerana jelas saya tahu majoriti dunia luar hanya berminat dalam jangka pendek, tetapi kami juga perlu fokus jangka panjang," katanya.
Liverpool bukan satu-satunya pasukan gergasi yang berada di kedudukan pertengahan liga dengan Chelsea berada di bawah mereka dibezakan perbezaan gol selepas kedua-dua pasukan itu seri tanpa jaringan pada hari Sabtu.
Walaupun Chelsea telah berbelanja besar untuk menarik Mykhaylo Mudryk dan Benoit Badiashile dalam jendela perpindahan semasa, Klopp menegaskan Liverpool tidak mampu untuk melakukan perkara yang serupa.
"Terdapat banyak cara berbeza yang boleh anda lakukan, tetapi semuanya berdasarkan situasi yang anda alami.
"Chelsea dengan pemilikan baharu jelas sekali... tiada siapa yang tahu dengan tepat bagaimana mereka melakukannya, bagaimana mereka boleh membelanjakan wang sebanyak itu.
"Tiada siapa yang suka saya bercakap tentang pasukan lain, tetapi perubahan memerlukan masa jika anda tidak mempunyai wang. Jika tidak, anda boleh menukarnya dalam sekelip mata dengan membawa masuk 10 pemain serentak," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 25 2023
Klopp (gambar) disaran melakukan perubahan selepas beberapa tonggak utama Liverpool seperti Jordan Henderson dan Fabinho dilihat bergelut untuk membantu pasukan. - Gambar fail AP
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Scarborough Shoal: Filipina tuduh China rosakkan kapalnya
Pengawal pantai Filipina menuduh pasukan pengawal pantai China mengganggu dan merosakkan salah sebuah kapalnya di kawasan terpencil dan terumbu di Laut China Selatan, Scarborough Shoal yang menjadi pertikaian kedua buah negara.
LHDN pergiat 'buru' syarikat, individu culas bayar cukai
LHDN tidak memilih bulu dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang mempunyai tanggungjawab terhadap pembayaran cukai.
Tak cadang lanjut tempoh laksana sistem e-invois - LHDN
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Che'gu Bard mengaku tidak salah tuduhan akta hasutan
Ahli Jawatankuas Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin aay Che'gu Bard mengaku tidak salah pertuduhan membuat penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial.
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Nahas helikopter Lumut: 'Wira negara, damailah kalian di sana...'
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Liverpool tenggelamkan kualiti Arsenal, kata Klopp
Pasukan juara bertahan itu kini hanya dibezakan dua mata dengan kelompok empat teratas hasil kemenangan di Stadium Emirates.
Liverpool masih berpeluang rebut kejuaraan - Guardiola
City berkelebihan tujuh mata di puncak liga, 13 ke atas Liverpool, dengan kurang satu perlawanan selepas menang 3-0 ke atas Tottenham.
Klopp tidak tolak bersara sejurus kontrak Liverpool tamat
"Saya akan berehat selama setahun dan bertanya kepada diri sendiri adakah saya akan merindui bola sepak."
Keputusan sukar yang dibuat Liverpool terima kritikan
Bagi pengkritik, keputusan meletakkan kakitangan bukan pemain di bawah skim pengekalan pekerjaan UK itu adalah satu tindakan yang memalukan.
#AWANIFinalUCL: Firmino sedia untuk diturunkan
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan Roberto Firmino sudah pulih dan cergas sepenuhnya untuk beraksi di final.
Liverpool nikmati tekanan- Klopp
Liverpool menguasai puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kempen musim ini hanya berbaki empat perlawanan.
Saya tidak gementar - Klopp
Skuad bimbingan Klopp berkunjung ke West Ham esok, sehari selepas Manchester City bertemu Arsenal.
Tiada sebarang cela dalam jentera tengah Liverpool, kata Klopp
Kapten Liverpool, Henderson, akan terlepas aksi di Anfield itu selepas dibuang padang ketika kemenangan ke atas Watford, Ahad lalu.
Klopp akui sukar atasi pergerakan Hazard
Hazard mempamerkan permulaan musim yang cemerlang, menjaringkan lima gol dan melakukan dua bantuan jaringan dalam enam aksi EPL.
Salah yakin Liverpool mampu juarai UCL
Salah mengambil positif dalam setiap peluang Liverpool untuk meraih kejayaan pada Mei nanti.