awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klopp mahu Liverpool diberi tiga mata jika aksi di Manchester United dibatalkan

Astro Arena
Astro Arena
20/08/2022
08:58 MYT
Klopp mahu Liverpool diberi tiga mata jika aksi di Manchester United dibatalkan
KLOPP: "Saya benar-benar berharap ia tidak akan berlaku tetapi jika benar ia berlaku, kami sepatutnya mendapatkan mata percuma."- Stadium Astro
JURGEN KLOPP mahu Liverpool diberikan tiga mata percuma jika perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford pada awal pagi Selasa ini dibatalkan kerana protes daripada penyokong tuan rumah.
Kumpulan penyokong United, The 1985, merancang untuk melakukan protes terhadap "pemilikan keji" pasukan itu dan menunjukkan kepada keluarga Glazer bahawa "kali ini ia tidak akan digagalkan".
Protes penyokong juga pernah berlaku ketika kedua-dua kelab itu sepatutnya bertemu pada Mei 2021, dimana penyokong United menceroboh stadium dan padang walaupun perlawanan itu sepatutnya berlangsung secara tertutup berikutan protokol COVID-19 sehingga ia terpaksa ditunda dan Liverpool akhirnya memenangi perlawanan dengan 4-2 seminggu kemudian.
Ditanya dalam sidang media bagaimana jika protes itu benar-benar berlaku, Klopp berkata: "Kami akan naik semula bas dan pulang.
"Saya benar-benar berharap ia tidak akan berlaku tetapi jika benar ia berlaku, kami sepatutnya mendapatkan mata percuma.
"Kami tidak terlibat dengan situasi itu. Jika peminat mereka tidak mahu perlawanan itu berlangsung, kita tidak boleh hanya menjadualkan semula pertemuan itu dan meletakkannya di mana-mana dalam satu kalendar yang padat.
"Saya tidak fikir dan benar-benar berharap agar ia tidak berlaku. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku, saya tidak memikirkannya.
"Harap-harap kami semua baik-baik sahaja, dapat ke sana, bermain untuk perlawanan itu dan pulang.
"Tetapi jika, dan saya fikir kebiasaannya dalam situasi seperti ini, pasukan lawan sepatutnya mendapatkan mata percuma kerana mereka tidak terlibat. Mereka telah melakukan persediaan," katanya. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Liverpool
#jurgen klopp
#Manchester United
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan