awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolam terjun sekadar hiasan, bekas atlet tak minat turun padang

Astro Arena
Astro Arena
18/02/2024
14:11 MYT
Kolam terjun sekadar hiasan, bekas atlet tak minat turun padang
Hanya tiga negeri memenuhi keperluan sukan terjun antaranya Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur, manakala Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor masih dalam pembikinan lebih sempurna. - StadiumAstro.com
KOLAM terjun di negeri sekadar hiasan?
Masalah utama timbul sebaik usaha untuk mendapatkan penerjun berbakat seolah olah tiada kesinambungan dari program pembangunan yang telah dilakukan Majlis Sukan Negara (MSN).
Bermula dengan keadaan tidak sempurna di kolam renang, situasi itu tambah sulit memandangkan hanya beberapa negeri sahaja yang yang memiliki kemudahan sokongan seperti gimnasium.
Hanya tiga negeri memenuhi keperluan sukan terjun antaranya Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur, manakala Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor masih dalam pembikinan lebih sempurna.
"Pembangunan sukan terjun ialah bagaimana untuk mewujudkan struktur yang lengkap seperti jurulatih, kolam terjun dan gimnasiumnya.
"Kebanyakan kolam terjun di negara ini ibarat sekadar hiasan sahaja -- ada platform tetapi tiada gimnasium yang boleh digunakan untuk membangunkan kemahiran atlet," kata bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Shapawi Ismail, di Nadi Weekend sebentar tadi.
Dalam masa yang sama, keperluan jurulatih yang miliki kepakaran dan pengalaman juga jarang ada di peringkat negeri.
Sukar untuk mendengar mana-mana bekas penerjun negara mengambil inisiatif turun ke peringkat negeri dan mencungkil bakat.
Majoriti pilih untuk bersama dengan kem kebangsaan, manakala ada juga yang hilang terus dari industri sebaik umum persaraan.
"Kita tidak mempunyai jurulatih yang mencukupi di peringkat pembangunan.
"Jurulatih yang terbaik adalah yang datang daripada bekas penerjun sendiri, bekanyakan bekas penerjun negara tidak berminat jadi jurulatih, untuk berkhidmat di peringkat bawah, untuk mencari bakat baharu.
"(Faktor) ini merupakan masalah yang perlu kita lihat secara menyeluruh," katanya lagi.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#kolam terjun
#kemudahan
#bakat baharu
#sukan terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan