SEPANG: Kepercayaan dan komunikasi yang baik antara pemain menjadi kunci kejayaan skuad skuasy wanita negara mempertahankan gelaran juara Kejohanan Berpasukan Remaja Asia buat kali keempat berturut-turut di Chennai, India, pada Ahad.
Skuad dibarisi empat pemain, Aira Azman, J Yasshmita, Whitney Isabelle Wilson dan Doyce Lee nyata unggul mempamerkan pukulan bertenaga untuk meneruskan dominasi Malaysia dalam acara berkenaan pada tahun 2015, 2017 dan 2019, walaupun kesemua membuat penampilan buat julung kalinya dalam pentas berprestij itu.
Bertindak sebagai ketua kumpulan bagi skuad wanita, Aira, 18, melahirkan rasa bersyukur yang tidak terhingga atas kejayaan dan menyifatkan usaha pasukan yang berlatih bersungguh-sungguh selama ini berbaloi terutamanya apabila perlu membimbing dua rakannya yang berusia 15 tahun iaitu Whitney Isabelle dan Doyce.
"Sebelum pergi memang ada tekanan kerana kami diletakkan harapan untuk mempertahankan kejuaraan remaja Asia. Bagaimanapun, kita menangani tekanan dengan baik sekali.
"Kunci kejayaan semestinya keyakinan diri antara pemain serta semangat berpasukan... sebab saya kalah semasa bertemu India pada aksi separuh akhir.
"Namun, kita berjaya mara ke final dengan kemenangan 2-1 sebab pasukan tampilkan aksi bertenaga dan kami saling memahami," katanya kepada pemberita selepas skuad negara tiba dari Chennai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Mengulas mengenai kejohanan itu, Aira, juara remaja Asia 2022, yakin Whitney Isabelle dan Doyce mampu menggalas cabaran negara untuk mempertahankan kejuaraan buat kali kelima dengan semangat yang ditampilkan mereka, memandangkan beliau dan Yasshmita (18 tahun) sudah melebihi umur pada edisi seterusnya.
Pada Ahad, skuad wanita muncul juara selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi final manakala skuad lelaki Malaysia menduduki tempat ketiga selepas tewas 0-2 kepada Pakistan pada aksi separuh akhir Sabtu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023
Skuad skuasy negara tiba dari Chennai, India, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, malam tadi. - Foto BERNAMA
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Komunikasi cemerlang kunci kemenangan skuad skuasy remaja wanita negara di India
Aira syukur tidak terhingga atas kejayaan itu dan menyifatkan usaha pasukan yang berlatih bersungguh-sungguh selama ini berbaloi.