KUALA LUMPUR: Datuk Hamidin Mohd Amin bakal terus diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tempoh lima tahun lagi.

Ia susulan tiada pencabar bagi jawatan presiden selepas senarai calon bagi pemilihan jawatankuasa eksekutif bagi penggal 2021-2025 dikeluarkan pada Sabtu.

Senario sama turut mempengaruhi kerusi timbalan presiden apabila hanya ada dua nama untuk mengisi kuota dua jawatan itu.

Bagaimanapun, lapan kerusi ahli jawatankuasa eksekutif menyaksikan persaingan sengit apabila 17 nama tampil merebut lapan kerusi yang diperuntukkan dalam Kongres FAM Ke-57 yang akan berlangsung pada 13 Mac depan.

Terdahulu, kesemua 20 ahli gabungan FAM telah diberi masa selama 30 hari iaitu dari 13 Januari hingga 11 Februari lalu untuk mengemukakan senarai nama calon masing-masing.

Daripada 34 calon itu, enam daripada gagal meraih jumlah pencalonan minimum seperti yang termaktub dalam Artikel 27, perenggan 4, Statut FAM Edisi 2020.


Senarai calon penggal 2021-2025:

PRESIDEN (satu kerusi)

Datuk Hamidin Mohd Amin


TIMBALAN PRESIDEN (dua kerusi)

1. Datuk Wira Yusoff Mahadi

2. Datuk S. Sivasundaram


NAIB PRESIDEN (empat kerusi)

1. Mohd Firdaus Mohamed

2. Datuk Rosmadi Ismail

3. Datuk Posa Majais

4. Joehari Ayub

5. Datuk Seri Afandi Hamzah


AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF ( lapan kerusi)

1.  Datuk Hisamudin Yahaya

2. Datuk Jefferey Low Han Chau

3. Christopher Raj

4. Datuk Seri Shahril Mokhtar

5. Md Dali Wahid

6. Datuk Kamarul Ariffin Shahar

7. Datuk Aminuddin Omar

8. N. Saaran

9. Datuk Adly Shah Ahmad Tah

10. Datuk Shaari Mat Hussain

11. Abdul Aziz Yeop Jamaludin

12. Zulkefly Yahya

13. Syed Yazid Syed Omar

14. Datuk Muhammad Yadzan Mohammad

15. Mohd Firdaus Ahmad

16. Mohd Yusuri Yusof

17. Datuk Kamarudin Hassan


AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF – WANITA (dua kerusi)

1. Datuk Suraya Yaacob

2. Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah