KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Skuad Olahraga Para Kebangsaan, R.Jaganathan sah tidak akan meneruskan tanggungjawabnya membimbing skuad itu bagi memberi laluan kepada jurulatih lebih muda dalam meningkatkan prestasi barisan atlet para negara.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata badan induk itu mengiktiraf sumbangan dan kepakaran Jaganathan selain telah meletakkan beberapa jurulatih muda di bawah kendaliannya bagi menimba ilmu serta pengalaman.
Beliau berkata proses yang sudah bermula sejak beberapa tahun lepas itu adalah langkah persiapan untuk memastikan penghasilan atlet para olahraga bertaraf tinggi dapat diteruskan secara konsisten.
"Jaganathan telah berbincang dengan saya dan menegaskan bahawa temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 adalah temasya sukan terakhirnya dan bersetuju untuk membolehkan proses kesinambungan itu berlaku," katanya pada sidang media Status Pelantikan Jurulatih Para Olahraga di MSN, Bukit Jalil, semalam.
Ahmad Shapawi berkata tugas ditinggalkan Jaganathan akan digalas pembantunya, Ahmad Rafee Arifin yang telah mula berkecimpung dalam bidang kejurulatihan sejak 2018.
"Kita rasa ini adalah peluang terbaik untuk beri beliau peluang tetapi ia juga tertakluk kepada perbincangan bersama Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) jika kita perlukan khidmat jurulatih lain mengendalikan program para olahraga khususnya dalam menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024," katanya.
Ahmad Shapawi pada masa sama berkata MSN dan POPM berpendapat pengalaman dimiliki Jaganathan masih boleh dimanfaatkan dengan memberinya peranan baharu dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berkualiti.
Katanya, kedua-dua entiti itu bersama Jaganathan telah berbincang mengenai peranan yang boleh dimainkan jurulatih berusia 64 tahun itu dari aspek pembangunan kejurulatihan para olahraga.
"Apa yang penting khidmat beliau akan tetap ada dalam persekitaran sukan para olahraga negara, wataknya mungkin berbeza tetapi masih penting untuk membangunkan sukan para olahraga secara lebih menyeluruh," katanya.
Sebelum ini, isu rayuan Jaganathan untuk terus kekal dengan jawatannya menjadi tumpuan susulan reaksi jaguh pecut para Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, yang tidak dapat menahan sebak apabila ditanya mengenai nasib jurulatihnya itu ketika temu bual bersama sebuah stesen televisyen swasta.
BACA: MSN putuskan rayuan Jaganathan selepas Tahun Baharu Cina
Sementara itu, Jaganathan turut mengakui sudah sampai masa beliau menyerahkan tugasnya kepada jurulatih muda bagi memberi mereka peluang mempelajari selok-belok pengendalian latihan atlet para.
"Saya percaya dengan semangat orang muda dan komitmen yang diberikan mereka mampu melahirkan atlet-atlet berdaya saing," katanya yang telah bersedia untuk mencurah dan berkongsi segala ilmu berkaitan pengendalian atlet para kepada barisan jurulatih muda.
Beliau juga telah mencapai persetujuan bersama POPM untuk mengendalikan sebarang program yang melibatkan pembangunan kejurulatihan serta pendidikan lanjutan sukan olahraga.
Dalam pada itu, Presiden POPM Mohd Zarrawi Ravi Abdullah mengakui negara kekurangan jurulatih yang betul-betul berkelayakan dalam sukan para terutama olahraga.
"Di bawah kepimpinan baharu, kami memikirkan sudah tiba masanya untuk kami melatih jurulatih dan kami merasakan beliau (Jaganathan) adalah orang yang paling layak berdasarkan pengalaman di atas kertas dan di padang, memang terbukti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022
Jaganathan mengakui sudah sampai masa beliau menyerahkan tugasnya kepada jurulatih muda bagi memberi mereka peluang mempelajari selok-belok pengendalian latihan atlet para. - Gambar fail/Sinar Harian
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Ahmad Rafee sedia galas tanggungjawab pimpin skuad olahraga para
Ahmad Rafee sedia berusaha sehabis daya untuk membimbing barisan atlet para olahraga ke arah prestasi lebih cemerlang.
"Ini semua salah faham, wartawan mainkan perasaan Dek Wan..." - Jaganathan
Dek Wan dapat berita kontrak jurulatihnya, Jaganathan tidak disambung daripada wartawan.
Kontrak Jaganathan tidak disambung, bakal galas tugas baharu
Badan induk itu telah meletakkan beberapa jurulatih muda di bawah kendaliannya bagi menimba ilmu serta pengalaman.
Semangat atlet pecut Para tidak luntur tanpa sentuhan Jaganathan
Jaguh pecut Para negara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menerima hakikat jodohnya bersama Jaganathan sudah sampai ke penghujung.
MSN putuskan rayuan Jaganathan selepas Tahun Baharu Cina
Jurulatih yang telah melahirkan beberapa jaguh olahraga itu telah mengemukakan rayuan untuk terus kekal bersama skuad itu.