awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kriket akan dipertandingkan di Sukan ASIA 2026 - ACC

Bernama
Bernama
25/07/2025
07:15 MYT
Kriket akan dipertandingkan di Sukan ASIA 2026 - ACC
Sukan Asia 2023 di Hangzhou menandakan kembalinya sukan kriket ke temasya sukan benua itu selepas sembilan tahun. - Gambar hiasan/REUTERS
NEW DELHI: Sukan kriket akan menjadi sebahagian daripada acara yang dipertandingkan di Sukan Asia 2026 di Jepun, umum Majlis Kriket Asia (ACC).
Pengumuman itu dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ACC yang diadakan di Dhaka, Bangladesh pada Khamis.
Dalam satu kenyataan, ACC memaklumkan 10 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita akan mengambil bahagian dalam temasya berkenaan, yang dipilih berdasarkan kedudukan ranking masing-masing di seluruh benua.
Sukan Asia 2023 di Hangzhou menandakan kembalinya sukan kriket ke temasya sukan benua itu selepas sembilan tahun.
Mesyuarat tahunan itu turut mengalu-alukan Mongolia, Uzbekistan dan Filipina sebagai anggota baharu ACC.
Wakil dari semua negara anggota menyertai mesyuarat itu sama ada secara fizikal atau maya.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden ACC yang juga Pengerusi Lembaga Kriket Pakistan (PCB), Mohsin Naqvi yang menerima sambutan mesra sejurus tiba di Dhaka pada Rabu oleh Presiden Lembaga Kriket Bangladesh (BCB) Aminul Islam.
AGM itu turut meluluskan kalendar kejohanan bagi musim 2025-2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kriket
#Sukan Asia 2026
#Majlis Kriket Asia
#Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan