awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KRW FC 'mengamuk', benam KDA FC 6-0

Sinar Harian
Sinar Harian
18/11/2025
00:30 MYT
KRW FC 'mengamuk', benam KDA FC 6-0
Emmanual Mbraga meraikan gol dijaringkan pada perlawanan Liga A1 Semi Pro antara KRW FC dan KDA FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. - Foto Kelate.Net/SN Mediaworks/Sinar Harian
KELANTAN Red Warrior (KRW FC) 'mengamuk' apabila benam Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada aksi Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.
Turun dengan misi meneruskan rentak kemenangan, KRW FC tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Syafiq Izzudin seawal minit ke lima.
Tuan rumah terus berpesta selepas itu apabila Emmanual Mbraga meledakkan gol kedua KRW FC pada minit ke-10.
Fazli Ghazali terus menggamatkan Stadium Sultan Muhammad IV apabila meledakkan jaringan ketiga tuan rumah pada minit ke-36.
Mbraga menutup aksi babak pertama dengan gol keempat pada minit ke-41 sekali gus memastikan KRW FC membawa bekalan selesa ke bilik persalinan sebelum separuh masa kedua bersambung.
Penyokong KRW FC terus berpesta selepas itu apabila Zulasyraf meledakkan jaringan kelima KRW FC pada minit ke-48.
Pesta penyokong tuan rumah berterusan pada minit ke-77 apabila Muhammad Syafiq menutup malam gemilang KRW FC dengan gol keenam.
Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan KRW FC menduduki tangga keenam dalam carta liga dengan mengumpul 19 mata selepas mengharungi 12 perlawanan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KRW FC
#KDA FC
#Liga A1 Semi Pro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan