awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSAH Vipers muncul juara B16 LaLiga Youth Tournament Malaysia 2025

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2025
10:40 MYT
KSAH Vipers muncul juara B16 LaLiga Youth Tournament Malaysia 2025
KSAH Vipers muncul juara B16 dalam LaLiga Youth Tournament Malaysia 2025. - Gambar/ KSAH Vipers
KUALA LUMPUR: Pasukan KSAH Vipers mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara kategori Bawah 16 Tahun (B16) dalam edisi kelima LaLiga Youth Tournament Malaysia 2025 di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ringkasan AI
  • KSAH Vipers dari Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah muncul juara kategori Bawah 16 Tahun dalam edisi kelima LaLiga Youth Tournament Malaysia 2025 yang menghimpunkan lebih 70 pasukan dari pelbagai negara Asia dan Eropah.
  • Kemenangan ini menyerlahkan potensi bakat muda Kedah di pentas antarabangsa, dengan pasukan menunjukkan prestasi konsisten dan taktikal kemas sepanjang kejohanan tiga hari di UPM.
  • Selain KSAH Vipers, juara lain termasuk JESS FC (U14), JDT FC (U12) dan Infinity FC (U10), dengan pemain terbaik menerima biasiswa latihan di LaLiga Academy Malaysia, menjadikan kejohanan ini antara yang paling berprestij di Asia Tenggara.

Kejohanan tiga hari yang berakhir pada Ahad, menghimpunkan lebih 70 pasukan muda dari pelbagai negara membabitkan sekolah, akademi bola sepak elit dan kelab pembangunan akar umbi.
Pasukan bertanding antara lain termasuk dari Thailand, Indonesia, India, Pakistan, China, Singapura dan Filipina, selain Sepanyol serta Bangladesh.
KSAH Vipers dari Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Kedah tampil cemerlang sepanjang kejohanan dengan aksi konsisten dan taktikal kemas, menewaskan beberapa pasukan pilihan sebelum mengungguli perlawanan akhir.
Kemenangan ini bukan sahaja mengangkat nama pasukan, malah membuktikan potensi besar bakat muda dari Kedah dalam arena bola sepak antarabangsa.
Selain KSAH Vipers, juara lain yang turut diraikan ialah JESS FC (U14), JDT FC (U12) dan Infinity FC (U10), masing-masing menunjukkan prestasi luar biasa dalam kategori mereka.
Setiap pemain menerima medal edisi khas LaLiga serta lencana rasmi kejohanan, manakala pemain terbaik setiap kategori dianugerahkan biasiswa selama seminggu untuk menyertai kem latihan di LaLiga Academy Malaysia.
Dengan kehadiran lebih 4,000 penonton sepanjang tiga hari, kejohanan ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu acara bola sepak akar umbi paling berprestij di Asia Tenggara.
Topic Berkaitan
#KSAH Vipers
#LaLiga Youth Tournament Malaysia
#KSAH
#SAHC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan