awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuching City benam Projek FAM-MSN 3-0

Bernama
Bernama
14/08/2022
21:32 MYT
Kuching City benam Projek FAM-MSN 3-0
Antara aksi menarik pada perlawanan Liga Premier antara skuad Projek FAM-MSN 0-3 Kuching City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi. - Facebook Football Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Kuching City FC menambah derita pasukan tercorot Liga Premier, Projek FAM-MSN apabila mengalahkan pasukan itu 3-0 pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Anak buah Irfan Bakti bermula garang pada awal permainan apabila terus mengasak benteng pertahanan pihak lawan sehingga penyerang import kelahiran Brazil, Gabryel Monteiro De Andrade meledak gol mudah di hadapan gawang pada minit ke-20.
Turun dengan formasi 4-4-2 di hadapan penyokong pihak lawan, Kuching City FC terus melancarkan beberapa serangan padu kepada anak buah Razip Ismail dan berjaya menambah jaringan menerusi tandukan tajam pemain tengah Amir Amri Salleh pada minit ke-49.
Usaha skuad projek FAM-MSN untuk menyekat kemaraan ternyata sia-sia apabila anak buah Irfan Bakti meneruskan rentak cemerlang dan berjaya menambah gol ketiga menerusi sepakan leret pemain pertahanan, Yuki Tanigawa pada minit ke-55 susulan sepakan percuma.
Dengan kemenangan itu Kuching City FC memperoleh 24 mata kekal di tangga keempat, 11 mata di belakang pendahulu Kelantan FC, manakala skuad projek FAM-MSN gagal mencipta kemenangan dalam 14 perlawanan liga setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuching City FC
#Projek FAM-MSN
#Liga Premier
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan