awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Koeman setuju Messi kembali ke pangkuan Barcelona

Astro Arena
Astro Arena
13/04/2023
03:10 MYT
LaLiga: Koeman setuju Messi kembali ke pangkuan Barcelona
Ronald Koeman menyambut baik cadangan untuk Lionel Messi kembali ke pangkuan Barcelona dan percaya bintang Argentina itu masih pemain terbaik dunia. - Stadium Astro
RONALD KOEMAN menyambut baik cadangan untuk Lionel Messi kembali ke pangkuan Barcelona dan percaya bintang Argentina itu masih pemain terbaik dunia.
Bekas ketua jurulatih Barcelona itu merupakan pengendali pasukan berkenaan ketika musim terakhir Messi di Catalan sebelum dia meninggalkan Barca dengan penuh beremosi untuk menyertai pasukan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).
Barca memecat pengendali berbangsa Jerman itu pada 2021 sebelum individu berusia 60 tahun berkenaan dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Belanda bagi menggantikan Lois van Gaal, yang mengumumkan persaraannya selepas Piala Dunia Qatar hujung tahun lalu.
Koeman sudah pasti tidak akan kembali ke Barca dalam waktu terdekat ini tetapi dia berharap Messi dapat pulang ke pangkuan kelab itu dengan terdapat desas-desus mengatakan perpindahan berkenaan sudah semakin hampir untuk berlaku.
"Messi merupakan pemain terbaik dunia dan ketika dia pergi, keadaan menjadi sukar.
"Pasukan yang memilikinya akan menjadi lebih kuat. Pemergiannya dari Barca merupakan hari yang amat buruk.
"Melihat Leo menyarung jersi pasukan lain melukakan hati saya. Ia (Barca) adalah rumahnya, di mana dia sepatutnya berada.
"Ia bukan sesuatu yang baik apabila lembaga memilih untuk tidak mengekalkannya tetapi saya kini berharap Messi akan kembali menjadi pemain Barca," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Ronald Koeman
#LaLiga
#barcelona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan